Saw my lecturer posted about his school reunion and thinking....why do you old people wanna revisit your past by having school reunion event?
I gave up the idea of class reunion quite awhile ago.. Not because my boarding school life wasn't great, but everyone have their own things to do now.
Of course it feels so good to meet our classmate again, but I like it to be spontaneous. Time is too precious to waste on some people who doesn't really add value to your lives.
I do believe reunion will end up people judging each other instead of trying to reconnect to build better lives for future generation.
Until then, then school reunion is not for me.
Or, maybe reunions are meant for keeping up who still alive?
Hey i survived. Helo and goodbye. No i dont want to see your face ever again.
I only connect with school friends who really bridge themselves with me, quite bunch of them.
Yesterday.. all my troubles seems so faaaar awaaay~~
ah. tiba2 je dah September. I had a traumatic August last year, dan tahun ni ia berpindah ke September. "The Penang Trauma".
Stress Penang ni hanya akan berhenti, kalau aku berhenti dari company ni. Tapi aku yakin, semua yang susah tu akan jadi senang, bilamana aku belajar overcome fear aku, dan kerenah manusia. Aku yakin Allah nak aku belajar sesuatu dari shipmen Penang ni .. yang aku tak tahu apa kebaikannya ke depan nanti. Aku stress dengan budget burst je sebenarnye. Kalau ni company bapak aku bolehlah aku buat shipment berkebajikan kan.. namun ianya takkan berlaku seperti itteeww Ashikenn..
company sayang aku, client ni suka aku, vendor2 sume bersemut tunggu aku datang... as if the world conspire to see me grow better, here. Belajar break the code of this thing sampai muntah.
dan shipment yang stressful macamnilah yang membuatkan aku sedar bahawa pertolongan Allah itu sentiasa dekat.
What happened to August?
ok mehlah summarized apa yang berlaku dari July-August.
Apa eh. rasanya training hiking je. Setiap minggu hiking dan hiking.
Oh ada teammate baru join, baik dan best sangat orangnya.
Pastu- aku join commitee Superuser/Change Agent Cargowise.
Ada training Heavylift masa mid month of August....yang aku tak rasa banyak sangat aku belajar pun.
Selain dari tu.. apa eh. aku banyak kena sakit berlarutan dari gastrik sejak Penang visit yang bulan June.
Boss takde sejak awal Julai - for the Brasil project. Sekarang biarlah dia cuti sampai hujung bulan sambil biarkan aku terkontang kanting kat sini pecahkan ruyung Pulau Pinang. Lagipun aku dah cuti seminggu penghujung Ogos.
So what happened to August?
Awal tahun aku sign up hiking Rinjani.. so starting June aku training setiap weekend, untuk bina stamina & mental prep, beli barang sikit2 & overcome sakit gastrik aku yang kadang2 buat perangai ni.
So finally yeah! Rinjani chapter done. I will write another post for Rinjani.
Rinjani is the second mega mountain yang aku panjat. 1st Kinabalu.
Difficulty level? double Kinabalu.
Tak boleh bandingkan, sebab feeling Rinjani berbeza. Dan masa yang berbeza. Aku lebih sedia untuk Rinjani, tak banyak expectation, matang dan well prep. Sikitpun tak rasa koyak, banyak rasa syukur.
Aku cuma mental bukan sebab penat, tapi sebab sejuk.
Rinjani ni mega personal project aku tahun ni so....bila dah habis ni I was like, okayy lesgoo next adventure!
Tapi let me rest sekejap, nak main tarik upih dengan Penang shipment.
Ya Allah, mudahkanlah yang sukar, lembutkanlah hati manusia dalam urusan2 kami, dan besarkanlah jiwa ini menghadapi ujian-ujianMu.
Birthday month aku biasanya yang tersibuk bagi aku. Sebab terasa benar hidup ni diraikan orang-orang sekeliling dan kawan-kawan yang dekat di hati.
Aku suka meraikan diri sendiri, aku rasa hidup ni semakin laju dan pendek. Banyak kerja. Semakin tak ada masa memikirkan salah silap orang lain, semakin tak ada begitu banyak masa nak membaca. Setiap Jumaat terasa seperti angin lalu, tiba-tiba dah Jumaat lagi. Kenapa aku sebut Jumaat ialah sebab Jumaat malam adalah hari halaqah, tapi benda yang aku belajar Jumaat lepas tak sempat aku amalkan pun lagi, dah Jumaat lagi, lagi dan lagi.
Aku happy dengan halaqah sekarang sebab jiwa aku tenang. Free. Makcik usrah tak judgemental. Dan tak berharap sangat selalu bertanya aku bila nak nikah dah ada orang ke tak yadayadayada. Tapi makcik usrah sebelum ni aku sayang jugak. Adil dalam pemikiran, tenang dalam penyampaian.
Well June 2023 ni aku sibuk dengan latihan mendaki. setiap minggu mendaki bukit dan gunung. Aku tak sabar, nak pergi Rinjani hujung bulan depan!
Tahun ni aku 33.
Setiap tahun umur bertambah, aku syukur, dan berterima kasih pada Allah, kerana tak menjadikan aku manusia yang menyesali masa lalu, menghargai masa sekarang, dan mempunyai harapan yang baik untuk hari mendatang. Semoga hidup aku ni, aku manfaatkan untuk orang lain, dan bila aku mati, aku tak harap dikenang pun cuma cukuplah kalau kematian aku tu aku tak susahkan orang-orang yang aku sayang dengan hutang dan pergaduhan harta benda. Aku tak tahu lagi sama ada aku akan direzekikan dengan perkahwinan, atau anak cucu, tapi rezeki yang aku ada sekarang aku cubalah manfaatkan.
Terrified being old? Tak.
Aku sedia menjadi manusia yang tua dan matang - dan berusaha menjadi manusia yang deserving my old age.
Ada satu manusia yang aku rindu dalam hidup ni yang aku yakin aku akan ada deep conversation tentang menjadi tua dengan dia, tapi dia dah takde dalam hidup aku.
Maksud 'deserving my old age'? - menjadi tempat rujuk orang yang lebih muda, menjadi teman tempat mencurah rasa, menjadi orang yang mampu memberi tatkala memerlukan, well mannered dan tak menyusahkan orang yang lebih muda, menjadi manusia yang mengharap bantuan Allah dalam setiap perkara dan tak menjadi orang tua yang Allah benci (banyak dosa dan sesat, nauzubillah).