It was my birthday month.
Birthday month aku biasanya yang tersibuk bagi aku. Sebab terasa benar hidup ni diraikan orang-orang sekeliling dan kawan-kawan yang dekat di hati.
Aku suka meraikan diri sendiri, aku rasa hidup ni semakin laju dan pendek. Banyak kerja. Semakin tak ada masa memikirkan salah silap orang lain, semakin tak ada begitu banyak masa nak membaca. Setiap Jumaat terasa seperti angin lalu, tiba-tiba dah Jumaat lagi. Kenapa aku sebut Jumaat ialah sebab Jumaat malam adalah hari halaqah, tapi benda yang aku belajar Jumaat lepas tak sempat aku amalkan pun lagi, dah Jumaat lagi, lagi dan lagi.
Aku happy dengan halaqah sekarang sebab jiwa aku tenang. Free. Makcik usrah tak judgemental. Dan tak berharap sangat selalu bertanya aku bila nak nikah dah ada orang ke tak yadayadayada. Tapi makcik usrah sebelum ni aku sayang jugak. Adil dalam pemikiran, tenang dalam penyampaian.
Well June 2023 ni aku sibuk dengan latihan mendaki. setiap minggu mendaki bukit dan gunung. Aku tak sabar, nak pergi Rinjani hujung bulan depan!
Tahun ni aku 33.
Setiap tahun umur bertambah, aku syukur, dan berterima kasih pada Allah, kerana tak menjadikan aku manusia yang menyesali masa lalu, menghargai masa sekarang, dan mempunyai harapan yang baik untuk hari mendatang. Semoga hidup aku ni, aku manfaatkan untuk orang lain, dan bila aku mati, aku tak harap dikenang pun cuma cukuplah kalau kematian aku tu aku tak susahkan orang-orang yang aku sayang dengan hutang dan pergaduhan harta benda. Aku tak tahu lagi sama ada aku akan direzekikan dengan perkahwinan, atau anak cucu, tapi rezeki yang aku ada sekarang aku cubalah manfaatkan.
Terrified being old? Tak.
Aku sedia menjadi manusia yang tua dan matang - dan berusaha menjadi manusia yang deserving my old age.
Ada satu manusia yang aku rindu dalam hidup ni yang aku yakin aku akan ada deep conversation tentang menjadi tua dengan dia, tapi dia dah takde dalam hidup aku.
Maksud 'deserving my old age'? - menjadi tempat rujuk orang yang lebih muda, menjadi teman tempat mencurah rasa, menjadi orang yang mampu memberi tatkala memerlukan, well mannered dan tak menyusahkan orang yang lebih muda, menjadi manusia yang mengharap bantuan Allah dalam setiap perkara dan tak menjadi orang tua yang Allah benci (banyak dosa dan sesat, nauzubillah).
Terima kasih Allah, atas kesibukan hidup ini.
