Tuesday, February 07, 2023

Life update

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 07, 2023 0 komen best

 2023, dah Februari.

Aku dah mula terima kenyataan yang masa pantas berlalu dan jika tidak dicatat, bermakna tiada apa yang berlaku. Dan aku hanya akan jadi seorang perempuan tanpa kenangan, dan kalau aku mati aku takkan dikenang.

Well dah berapa bulan aku macam tak menulis sangat ni sebab punca² keserabutan jiwa aku semua dah hilang, dah jadi masalah orang lain. Aku harap dia bahagia.

Nak move on pun tak susah sangat, sebenarnya. Yang penting kau berniat nak move on, kau buat solat² sunat tertentu yang meyakinkan kau dengan ketentuan Allah, dan.... "turn on" that switch. Ada satu suis dalam otak kau yg kau kene tekan, menyatakan kau nak teruskan hidup dengan apapun yang mendatang.

Well sejak bulan 8 yang lalu banyak juga benda yang jadi. Sebab life aku mmg eventful, aku mmg sibuk. Tak henti² kerja mengetuk hidup aku.

September & Januari, Anak buah aku yang ke 5 & 6 lahir, Ara & Umar. Aku sibuk mengasuh dan menumpang kasih anak buah. Tgk anak kecil buat kau rasa Maha Besarnya Allah. Daripada kau lemah kosong suci tak tahu apa², Allah jadikan sampai kau sihat kuat dan pandai pula melawan orang lain terutamanya org yg palimg sayang kau.

Bulan Oktober membawa aku ke India. Balik dari India je aku macam pisang goreng panas, beberapa company risik aku untuk join diorang dan semuanya berkaitan syarikat minyak dan gas.. sampai aku tutup LinkedIn 'Open to Work' aku. Aku hampir nak join McD tapi abah berpendapat yang aku nampak berprestasi dengan syarikat sekarang.

Disember aku sibuk dengan tendering dan pelbagai aktiviti makan². Dan keluar dari rumah sewa Setiawangsa.. tinggal sepenuhnya kat Nilai. Dan declining semua offer yang aku dapat. Dan, aku naik pangkat satu level. Alhamdulillah.. mmg aku berhajat nak climb management ladder, dan nak mendalami kerja aku lebih lagi. Allah Maha Baik, aku tak sangka secepat ini Allah tunaikan keinginan aku. 

Januari? Tokmak meninggal dunia 1.1.2023. Aku ingat lagi last jumpa tokmak hari sebelum tu tokmak tanya aku siapa..dia puji aku cantik & cakap kakak aku gemuk😆. Sebulan sblm meninggal dunia tu mmg muka tokmak dah berubah, dia selalu meracau nampak orang ramai dan dah taknak makan. Malam sebelum meninggal tokmak suruh ibu rai baca yasin untuk dia.. bentang tikar, dan masak banyak² sbb nak jamu orang ramai datang makan. Aku nangis masa dengar sepupu aku cerita detik sakaratulmaut tokmak.. sbb Allah tarik nyawa tokmak lembut sangat, tokmak sakit tapi masa nyawa kat pinggang tokmak dah tak cakap sakit. Semoga syurga untuk tokmak dan semoga aku ikut perangai rajin tokmak (but not the grumpi-ness please!)

12-14 Jan aku suka sbb pergi Cambodia dan jumpa semua MB team kat Southeast Asia ni. Diorang buat gathering ni sebab lepasni nama MB akan hilang..sebab join dgn Maersk. Maybe aku patut buat satu post khas utk Cambodia trip je sbb sentimental sgt utk aku (kalau aku x malas lah ye). Balik je dari Cambodia semua busy sbb Maersk mula officially jumpa semua team kat negara masing², lepastu CNY holiday & shipment aku kat point ni masih tahap mendidih darahh... apparently USA shipment kena masuk port within contracted month. Dosa besar kalau xtahu ni.

Februari.. bahang merge+acquisition sangat terasa. Harini baru 7 Feb tapi aku dah harap mcm tolongla cepat hujung bulan. Maersk training dah start, kena completekan dalam masa 28 hari. Lepastu aku mula rasa manager dlm MB sikit² dah hilang taring, banyak keputusan diorang dah xde absolute power. Kalau dulu claim setakat rm300 petik jari je harini minta esok boleh dapat, skrg kalau terlepas window hamikla kene tunggu next month punya gaji. Dan jobfile closing tak boleh dah lambat mcm siput, 1hb dah kene close semua. Aku pilih untuk stay sbb aku nak merasa sendiri transition period ni. Nampak gayanya memang pedih dan tidak begitu senang.. pun begitu aku nak menuai hasil kesabaran, so aku kenalah sabar je.

Well aku develop kebolehan baru - memasak. Cumanya waktu masak aku x suka orang lain kacau. Sbb aku pernah baca yg dapur tu hanya boleh ada 1 queen je.. #tiberr. Masak kena confident rupenye so selama ni aku xnak masak sbb xconfident😅


Oklah bye.

Thursday, January 12, 2023

Good Talk with Liza

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 12, 2023 0 komen best

 Liza colleague aku kat opis adalah sejenis pendengar yang baik. Aku merepek apaaaa je dia dengar. Mungkin itulah yang buat aku suka kawan ngan dia.

So masa travel harini kitorang bincang topik meminta, dan membaca.

1. Meminta.

Masa jalan² kat airport nampak org nak pergi umrah bergambar.. so dia pun cakap, "nak pergi umrah tapi duit pun takde lagi.." 

Pastu tiberr aku cakap, bukann.. kite kene cakap niat kite hajat kite, jangan jadikan duit tu ukuran makbulnya keinginan kita. Kadang duit ada tapi xsampai juga hajat, kadang xde duit pun tiba² je dapat pergi oversea mcm skrg ni, Allah makbul doa nk pergi trip oversea, contohnya.

Dan aku pun baru perasan yang dalam hidup ni kita tinggal minta je kat Allah. Cara Allah makbulkan doa tu adalah urusan Dia. Bukan kerja kita nak tentukan ada duit baru blh kawin, ada duit baru blh umrah, etc³.

3. Membaca.

Aktiviti kitorang nak join ni, ada sesi derma buku. So kitorang ceritalah pasal tabiat membaca..

So dia cakap dah lama dah tak baca buku. Then aku share cerita pasal makcik anak ramai, kerja surirumah tapi sentiasa jadi rujukan anak² sebab dia sangat rajin membaca.

Ibu yang membaca dan berilmu akan sentiasa relevan untuk anak² dia. Dan org yg x membaca akan cepat tua.

Phone kita pun slalu kena update dan upgrade, apatah lagi kita yang meningkat usia.

Dan, aku turn off gilerr dengan past relationship bila lelaki tu bukan org yg menghargai budaya membaca dan mencari ilmu. 

Thanks, Liza. 

Cakap dengan kauu slalu buat aku sedar benda penting. 

Goodnight.

Thursday, December 01, 2022

Sunyi tapi i can do thiss!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 01, 2022 0 komen best

Kebelakangan ni terasa betul sunyinye hidup aku.

Sebab aku dah tak tinggal lagi rumah makcik aku yang sentiasa riuh.

Dan kakak aku yg dulunya tinggal kat rumah Nilai dah duduk rumah sendiri so dah tak meriah macam dululah rumah ibu.

Aku dah lama tak hiking sejak covid, semua org yg pernah sama² hiking dah kahwin. Entahla kenapa semorang kahwin dan tinggalkan kawan² yg belum kahwin.

Dan hal yang paling besar skali ialah bila kawan baik aku kahwin dan jarang contact. Sunyi, dan aku rindu sangat.

Kadang nak comment story dia pun aku awkward. Sebab aku kena hormat pilihan dia, dan biasanya perbualan kitorang tergantung. X lagi mcm dulu yg boleh merepek satu malam suntuk mcm budak skolah.

Aku cuma letih.. letih berjuang sendiri untuk org yg x deserve my energy pun.

Dan satu hari tu aku sedar yang sebenarnya tak susah pun nak let go. Lepaskan je, dan berangkatlah pergi. Memang terasa hidup ni sunyi tapi aku dah x terbeban sangat, tu je.

2022.

Aku cuba nak tukar kerja sebab nak ubah angin, tapi tak jadi.

Di sebalik semua ni, Allah jawab satu demi satu harapan dan doa aku. 

Wednesday, November 30, 2022

Keikhlasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 30, 2022 0 komen best

 Ikhlas ni adalah sejenis perasaan yang kita kena didik, bentuk dan proses dalam diri kita, dalam hati kita.

Dan bentuk2 keihlasan tu dia ada banyak, ikhlas harini yang kita rasa tak sama degan yang kita rasa esok atau semalam.

Kisahnye. 

Aku ada seorang kawan yg minta dibantu hidupnya, dulu pernah hidup senang.

Namun begitu dia mempunyai masalah untuk downgrade hidup dia.

Bila dapat bantuan atau huluran org lain, kitorang perasan dia berbelanja yang tak sepatutnya i.e. minum kat coffee house.

Jadi kawan2 yang sesama ikat perut sbb nak bantu rasa sedih jugaklah sebab................yelah. gitulah.

Kita faham dia pernah hidup senang. Tapi dia pun pernah hidup susah jugak weh.

Well kehidupan ni rumit kan. haha.

Semoga Allah beri hidayah untuk kita semua 

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea