Thursday, January 12, 2023

Good Talk with Liza

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 12, 2023 0 komen best

 Liza colleague aku kat opis adalah sejenis pendengar yang baik. Aku merepek apaaaa je dia dengar. Mungkin itulah yang buat aku suka kawan ngan dia.

So masa travel harini kitorang bincang topik meminta, dan membaca.

1. Meminta.

Masa jalan² kat airport nampak org nak pergi umrah bergambar.. so dia pun cakap, "nak pergi umrah tapi duit pun takde lagi.." 

Pastu tiberr aku cakap, bukann.. kite kene cakap niat kite hajat kite, jangan jadikan duit tu ukuran makbulnya keinginan kita. Kadang duit ada tapi xsampai juga hajat, kadang xde duit pun tiba² je dapat pergi oversea mcm skrg ni, Allah makbul doa nk pergi trip oversea, contohnya.

Dan aku pun baru perasan yang dalam hidup ni kita tinggal minta je kat Allah. Cara Allah makbulkan doa tu adalah urusan Dia. Bukan kerja kita nak tentukan ada duit baru blh kawin, ada duit baru blh umrah, etc³.

3. Membaca.

Aktiviti kitorang nak join ni, ada sesi derma buku. So kitorang ceritalah pasal tabiat membaca..

So dia cakap dah lama dah tak baca buku. Then aku share cerita pasal makcik anak ramai, kerja surirumah tapi sentiasa jadi rujukan anak² sebab dia sangat rajin membaca.

Ibu yang membaca dan berilmu akan sentiasa relevan untuk anak² dia. Dan org yg x membaca akan cepat tua.

Phone kita pun slalu kena update dan upgrade, apatah lagi kita yang meningkat usia.

Dan, aku turn off gilerr dengan past relationship bila lelaki tu bukan org yg menghargai budaya membaca dan mencari ilmu. 

Thanks, Liza. 

Cakap dengan kauu slalu buat aku sedar benda penting. 

Goodnight.

Thursday, December 01, 2022

Sunyi tapi i can do thiss!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 01, 2022 0 komen best

Kebelakangan ni terasa betul sunyinye hidup aku.

Sebab aku dah tak tinggal lagi rumah makcik aku yang sentiasa riuh.

Dan kakak aku yg dulunya tinggal kat rumah Nilai dah duduk rumah sendiri so dah tak meriah macam dululah rumah ibu.

Aku dah lama tak hiking sejak covid, semua org yg pernah sama² hiking dah kahwin. Entahla kenapa semorang kahwin dan tinggalkan kawan² yg belum kahwin.

Dan hal yang paling besar skali ialah bila kawan baik aku kahwin dan jarang contact. Sunyi, dan aku rindu sangat.

Kadang nak comment story dia pun aku awkward. Sebab aku kena hormat pilihan dia, dan biasanya perbualan kitorang tergantung. X lagi mcm dulu yg boleh merepek satu malam suntuk mcm budak skolah.

Aku cuma letih.. letih berjuang sendiri untuk org yg x deserve my energy pun.

Dan satu hari tu aku sedar yang sebenarnya tak susah pun nak let go. Lepaskan je, dan berangkatlah pergi. Memang terasa hidup ni sunyi tapi aku dah x terbeban sangat, tu je.

2022.

Aku cuba nak tukar kerja sebab nak ubah angin, tapi tak jadi.

Di sebalik semua ni, Allah jawab satu demi satu harapan dan doa aku. 

Wednesday, November 30, 2022

Keikhlasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 30, 2022 0 komen best

 Ikhlas ni adalah sejenis perasaan yang kita kena didik, bentuk dan proses dalam diri kita, dalam hati kita.

Dan bentuk2 keihlasan tu dia ada banyak, ikhlas harini yang kita rasa tak sama degan yang kita rasa esok atau semalam.

Kisahnye. 

Aku ada seorang kawan yg minta dibantu hidupnya, dulu pernah hidup senang.

Namun begitu dia mempunyai masalah untuk downgrade hidup dia.

Bila dapat bantuan atau huluran org lain, kitorang perasan dia berbelanja yang tak sepatutnya i.e. minum kat coffee house.

Jadi kawan2 yang sesama ikat perut sbb nak bantu rasa sedih jugaklah sebab................yelah. gitulah.

Kita faham dia pernah hidup senang. Tapi dia pun pernah hidup susah jugak weh.

Well kehidupan ni rumit kan. haha.

Semoga Allah beri hidayah untuk kita semua 

Tuesday, November 29, 2022

Almost December

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 29, 2022 0 komen best

 Dah nak habis November, tapi aku tak tulis satu habuk pun pasal November.

Banyak sangat hal yang terjadi bulan ni.

1. McDermott

Aku hampir lompat kerja masuk oil&gas.. expertise aku diperlukan sebagai Logistics Specialist, tapi aku pilih untuk stay kat MB sebab aku rasa potensi aku lebih besar untuk grow kat sini. 

Kalau aku jump, aku hanyalah perempuan kecil di meja kecil yang tak dikenali. "Just some parts of the machine", begitulah umpamanya. Mungkin, satu hari nanti, bila aku dah penat jadi "a part of everything" kot.

Aku suka culture company sekarang, dan aku nak belajar jd project team yang share ilmu dengan org lain, bukan sekadar hebat bercerita pasal epcic tapi kawan² kau tak faham pun kau cakap apa.

2. Pilihanraya

Pilihanraya tahun ni antara yang paling kontroversi dalam sejarah dan aku menyaksikannya sekali lagi. Pasca PRU14 yang lepas menyaksikan keruntuhan kuasa lama, pembentukan kuasa baru yang rapuh, lompat kerusi rebut kerusi dan badut² parlimen dengan aksi² sarkis.

Jadi PRU 15 kalini menyaksikan ketidakpercayaan rakyat kepada mana² ahli politik. Pentaksub² hancur berkecai, politik duit pun dah tak jalan sbb rakyat mmg tgh miskin tapi rakyat "just nak survive je dah". Jadi takde majoriti dalam parlimen terbentuk, Agong ambil sampai 4 hari nak buat keputusan umum perdana menteri sehinggalah Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi PM ke-10.

We just follow the flow. Doa yang baik² untuk Malaysia, ni masa depan generasi anak² kita.

3. TokSu meninggal dunia.

Orang paling tua dalam keluarga sebelah ibu, iaitu pakcik ibu, dah meninggal dunia.

Aku tak banyak kenangan dgn toksu walaupun dia ada je selama 3 tahun aku tinggal Jementah masa kecik dulu. Toksu pandai melukis, berkebun, melayan kerenah budak² nak buat senapang kayu, gunting rambut aku, buat air quacker oat.

Cuba nak ingat yang baik² supaya boleh dikenang, sebab pahitnya besar yang teramat sebab dia punca retaknya dunia yang aku pernah ada satu masa dulu.. and its beyond repair.

Aku tak sedih, sebab lebih sedih memikirkan masa majlis kebumi tu makcik palcik aku punya bertelagah tak settle² & diorang tak pikir pun masing² dah tua esok lusa sape meninggal mmg xsempat nak minta maaf dan baiki semula hubungan darah yang ada.

4. Mak Maxime datang Malaysia.

Well Maxime ni boss aku kat Martin Bencher sejak 2018. Sejak aku kerja sini, dia ada rutin bawa hadiah dari France untuk aku..selalunya dia cakap mak dia bagi.

Ini kali ketiga mak dia datang Malaysia, dan dia bawa hadiah coklat sekotak untuk aku. Coklat France lain skit, rupa dia mcm handmade, mmg ukir cantik & dalam ada melted caramel. Untuk balas hadiah dia, aku bagi kain batik original Malaysia..aku bli yang mahal sikit sbb mak dia rajin buat kraf tangan so aku harap mak dia bolehla guna untuk penghasilan kreatif.

Balik dari jumpa mak dia aku terkesima lama.. sbb mak dia peluk aku banyak kali, sambil menangis. Mungkin sebab sedih, suami dia baru meninggal 5 bulan lepas, awal Julai 2022. Dia buat aku fikir.. betapa lamanya hidup ini untuk dilalui tanpa orang yang disayangi. Mungkin lama tu terasa sebab sunyinyaa nak hidup dalam kenangan.

5. Mungkin kesilapan tidak patut ditulis.

Hidup aku ni berkonflik tak lain tak bukan hanyalah dengan adik beradik & ibu abah je. 

Aku jarang nak ingat silap salah orang tapi kalau org tu dekat di hati mmg otomatik terngiang je dalam kepala ni.

So aku decide untuk cuba buang dari ingatan aku salah silap sesiapa, terutamanya keluarga aku, supaya aku lebih happy dan tak murung.

Ah. Goodnight. Jodoh belum muncul lagi, kbye.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea