Tuesday, November 29, 2022

Almost December

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 29, 2022 0 komen best

 Dah nak habis November, tapi aku tak tulis satu habuk pun pasal November.

Banyak sangat hal yang terjadi bulan ni.

1. McDermott

Aku hampir lompat kerja masuk oil&gas.. expertise aku diperlukan sebagai Logistics Specialist, tapi aku pilih untuk stay kat MB sebab aku rasa potensi aku lebih besar untuk grow kat sini. 

Kalau aku jump, aku hanyalah perempuan kecil di meja kecil yang tak dikenali. "Just some parts of the machine", begitulah umpamanya. Mungkin, satu hari nanti, bila aku dah penat jadi "a part of everything" kot.

Aku suka culture company sekarang, dan aku nak belajar jd project team yang share ilmu dengan org lain, bukan sekadar hebat bercerita pasal epcic tapi kawan² kau tak faham pun kau cakap apa.

2. Pilihanraya

Pilihanraya tahun ni antara yang paling kontroversi dalam sejarah dan aku menyaksikannya sekali lagi. Pasca PRU14 yang lepas menyaksikan keruntuhan kuasa lama, pembentukan kuasa baru yang rapuh, lompat kerusi rebut kerusi dan badut² parlimen dengan aksi² sarkis.

Jadi PRU 15 kalini menyaksikan ketidakpercayaan rakyat kepada mana² ahli politik. Pentaksub² hancur berkecai, politik duit pun dah tak jalan sbb rakyat mmg tgh miskin tapi rakyat "just nak survive je dah". Jadi takde majoriti dalam parlimen terbentuk, Agong ambil sampai 4 hari nak buat keputusan umum perdana menteri sehinggalah Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi PM ke-10.

We just follow the flow. Doa yang baik² untuk Malaysia, ni masa depan generasi anak² kita.

3. TokSu meninggal dunia.

Orang paling tua dalam keluarga sebelah ibu, iaitu pakcik ibu, dah meninggal dunia.

Aku tak banyak kenangan dgn toksu walaupun dia ada je selama 3 tahun aku tinggal Jementah masa kecik dulu. Toksu pandai melukis, berkebun, melayan kerenah budak² nak buat senapang kayu, gunting rambut aku, buat air quacker oat.

Cuba nak ingat yang baik² supaya boleh dikenang, sebab pahitnya besar yang teramat sebab dia punca retaknya dunia yang aku pernah ada satu masa dulu.. and its beyond repair.

Aku tak sedih, sebab lebih sedih memikirkan masa majlis kebumi tu makcik palcik aku punya bertelagah tak settle² & diorang tak pikir pun masing² dah tua esok lusa sape meninggal mmg xsempat nak minta maaf dan baiki semula hubungan darah yang ada.

4. Mak Maxime datang Malaysia.

Well Maxime ni boss aku kat Martin Bencher sejak 2018. Sejak aku kerja sini, dia ada rutin bawa hadiah dari France untuk aku..selalunya dia cakap mak dia bagi.

Ini kali ketiga mak dia datang Malaysia, dan dia bawa hadiah coklat sekotak untuk aku. Coklat France lain skit, rupa dia mcm handmade, mmg ukir cantik & dalam ada melted caramel. Untuk balas hadiah dia, aku bagi kain batik original Malaysia..aku bli yang mahal sikit sbb mak dia rajin buat kraf tangan so aku harap mak dia bolehla guna untuk penghasilan kreatif.

Balik dari jumpa mak dia aku terkesima lama.. sbb mak dia peluk aku banyak kali, sambil menangis. Mungkin sebab sedih, suami dia baru meninggal 5 bulan lepas, awal Julai 2022. Dia buat aku fikir.. betapa lamanya hidup ini untuk dilalui tanpa orang yang disayangi. Mungkin lama tu terasa sebab sunyinyaa nak hidup dalam kenangan.

5. Mungkin kesilapan tidak patut ditulis.

Hidup aku ni berkonflik tak lain tak bukan hanyalah dengan adik beradik & ibu abah je. 

Aku jarang nak ingat silap salah orang tapi kalau org tu dekat di hati mmg otomatik terngiang je dalam kepala ni.

So aku decide untuk cuba buang dari ingatan aku salah silap sesiapa, terutamanya keluarga aku, supaya aku lebih happy dan tak murung.

Ah. Goodnight. Jodoh belum muncul lagi, kbye.

Saturday, October 29, 2022

Most evergreen sad song

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 29, 2022 0 komen best

 I had enough sad songs.

But this remains evergreen in my heart, Teri Mehbooba.


I dont know since when unrequitted love has become my most acceptable genre

And this song played in my head since morning



Wednesday, October 12, 2022

Indiaaa aku datang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 12, 2022 0 komen best

 So. we booked an adventure, as a team.

Tak tahulah ya. Kesyukuran tu sebenarnya membuka banyak sangat pintu, sampai kau rasa macam masyaAllah banyaknya kebaikan yang Allah beri, sampai kau tak sempat2 nak bersyukur, Allah bagi lagi dan lagi.

Dan kau rasa malu sangat kalau tak syukur. Atau kau buat dosa.

Kesyukuran ni kesan dia bukan sekarang, kau memang tak nampak. Tapi kau akan nampak buahnya, hasilnya kemudian, mungkin 5 tahun akan datang, mungkin 20 tahun akan datang, kau tak tahu.

memang betullah kata Allah, bila kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmat.

So siapalah kita untuk tak yakin dengan ketentuanNya, kan?


Kisahnya..

Masa aku baru join company sekarang, aku sorang. Company takde apa2. Zero. Ada satu dua client, bolehlah nak isi periuk nasi. Boss sentiasa takde. Takde staff lain selain colleague kat Singapore & global. Dan banyak benda yang annoying, semua benda slow. Daripada dah terbiasa buat shipment 15-20 file selambak sebulan, jadi 2-3 file sebulan.

Aku berhenti? tak. abah kata aku kena berani dengan pilihan yang aku buat.

Masatu aku syukur je dgn apa yg ada. Cuba suka dengan environment company baru. Tak plan pun nak stay lama, aku cuma nak jadikan company ni sebahagian dari journey hidup aku.

So sekarang aku mula nampak development company ni.

Team yang mula berhasil, boss yang semakin bersemangat dan ada potensi naik pangkat ke regional position, dan skillful team mula dipandang oleh project forwarder yang lain. 

on pur 4th year together, company ajak pergi India - untuk hadir wedding teammate & jalan2.

dah nak cukup 5 tahun, jari jemari dah mula gatal scroll2 linkedin & Jobstreet, cari peluang nak lompat.

Company pun dah kena beli dengan Maersk, aku rasa vibes dia takkan sama.

Mungkin aku stay lagi setahun. Kemudian aku pergi ke tempat baru. Atau buka company -why not kan. 


Cita-cita aku, aku taknak stay dalam industri. Aku nak jadi consultant, atau lecturer, ajar orang tentang logistics, projects and freight forwarding - aku nak tengok industri yang bersih dari kekotoran rasuah dan kronisme.

Sebabnya, Rasulullah juga seorang logistician.

Allahumma Solli 'ala Sayiidina Muhammad.

Salam Maulidurrasul 1444H yang terlewat. Tanpa mengenal Rasulullah, kita pasti bukan manusia yang berakhlak sekarang.

Thursday, October 06, 2022

Menjadi Perempuan Baik itu Mahal Harganya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 06, 2022 0 komen best
In the middle of my age, (well I dont know yet if this is middle but usually 30s is middle age)
I have come to a conclusion that being rightful as a woman is super difficult and expensive.

You have to strained yourself from talking too much or over the boundaries with others, especially men.
Talking to married men caused affairs, apparently.
And attracted jealousy from their women, and you become the caused and source of quarrel, hurting other women.
You dont want that, trust me.

Your environment is not helping, you have to help yourself. Environment is more towards bringing you down than raising you up to be a better person.

Nobody cares if you are weak. But everyone cares when you made mistakes.

The worldly temptation is too much, you have to learn how to make it small or make it feel like they are useless. 

Honestly, honest people are not that many, around you, or to you.
Other than wanting to see you grow, more people either wanting to see you crumble, or wanted something from you...but optimistic me wanted to believe differently.


The world need kind women, even though they are not a safe place for us.
Because... we want to be in the most expensive place in afterlife!


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea