Wednesday, January 12, 2022

Day 2 Braces

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 12, 2022 0 komen best

 Constantly hungry... sebab boleh mkn bubur je. Xboleh gigit langsung, sakittt

Lost 1kg overnight. Mlm tadi perut bunyi mcm radio rosak wehh😂




Tuesday, January 11, 2022

Day 1 Braces on

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 11, 2022 0 komen best
Done day 1 with braces on.

Takleh makan pape. Bubur je.
Sakit lak nak makan benda yang boleh kunyah.

Adoi lapar.

Tgk tv tibe² je semua rancangan ada makanan sedap. 

Adeh.



Monday, January 10, 2022

Tangguh

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 10, 2022 0 komen best

 Ok. Opening 2022.. saya tangguh semua nikah tunang, semua.

What is so wrong with me? 

Wednesday, January 05, 2022

2022, ARE YOU READY?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 05, 2022 0 komen best

 tahun ni, insyaAllah kahwin. 💗💗💗

Tapi xtahulah kenape ye tak excited sgt.

kena banyak belajar syukur, bakal pasangan penyabar orangnya.

Selain kahwin, boleh fokus nak panjat Kinabalu tahun depan!

Tahun ni 32 tahun.

Tak banyak nak plan. Here's 2022 wishlist:

1. Kukuhkan simpanan, RM15k target nak simpan tahun ni

2. Perbaiki perancangan kewangan untuk beli rumah baru

3. Perbaiki ibadah:

-jaga solat

-konsisten baca Qur'an

-konsisten halaqah setiap minggu 

-belajar anger management

4. Kurangkan tgk Netflix, uninstall.

5. Berhenti main candy crush.

6. Baca 5 buku setahun

7. Datang kerja awal setiap hari!


===================================================

Tips dari FB untuk wanita-wanita baik pada tahun 2022:

1. Mula bangun 30 minit awal sebelum subuh, solat sunat 2 rakaat untuk pembuka hari yang penuh berkat. Kalau masih ada waktu, bacalah  Al-Quran. Pahala dapat tenang pun dapat.

2. Mula baca 1-5 helaian buku setiap hari. Contoh satu buku ada 30 mukasurat, jadi kita ambil masa 6 hari sahaja untuk habiskan. 1 minggu 1 buku pun dah alhamdulillahkan? Seronok bersahabat dengan buku ni, walaupun tanpa suara, dia banyak mengajar tanpa melukakan.

3. Mula left group yang suka cakap tentang kesalahan orang lain. Hidup kita dah terlalu suntuk untuk berbual tentang apa salah orang. Jadi orang yang lebih sedar tentang kesalahan sendiri.

4. Mula pilih apa kita dengar. Tapis dari siapa kita dengar. Kalau belajar agama, pilihlah yang disiplin dalam ilmunya, pilih asatizah yang apabila melihat dirinya, kamu nampak "Islam."  Bila dengar dia bercakap, kamu rasa dihargai bukan dihina, bila tengok dia bermuamalat, kamu beroleh pengajaran. Pilihlah, kerana siapa guru kamu adalah lebih penting.

5. Paling penting, mula sayang diri sendiri. Syukur dan redha untuk semua yang Allah bagi. Kita takkan mampu buat apa-apa kalau kita tak sayang diri. Kalau ada buat silap dengan diri sendiri, mintak maaf bukan menyalahkan, kalau ada buat sesuatu yang membanggakan diri, berterima kasih kerana berani mencuba.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea