Thursday, October 14, 2021

You dont wanna lose your best friend

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 14, 2021 0 komen best

Best friend, if you read this, please know that...

The last thing i wanna let go in my life is you.

Takdir kita terlalu panjang,

Dan ketika ini, saat ini,... kehilangan kamu, atau melepaskanmu, atau hidup tanpa kamu, terasa mustahil.

Tapi aku perlu adil dan jujur kepada diri sendiri.

Seperti yang selalu kau katakan, laut yang tenang takkan melahirkan pelaut yang handal. Maka begitulah, gelora kehidupan ini perlu berani dihadapi.

Ketahuilah, bahawa kaulah "pencuri yang bergembira dengan apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada".

Pencuri, takkan mengaku dia pencuri kan?

Tuesday, October 12, 2021

Mampukah kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 12, 2021 0 komen best

 Ada sejenis cabaran yang agak berat kita tempuh dalam hidup ni.

Dugaan perasaan, bila kita ingin mengikhlaskan sesuatu, dan bila kita ingin move on.

Makin kita nak move on makin kita rasa ketertambatan hati kita.


Kadang rasa geram, kadang rasa sayu.


Sayu sebab mampukah orang yang ingin kita tinggalkan sebagai masa lalu berdiri sendiri tanpa kita?


Sesungguhnya kita jangan jadi orang bodoh. 


Kita kena yakin yang setiap jiwa tu, Allah lah yang menjaganya. Bukan kita.


Yakinlah bahawa dia akan baik-baik aja, dan kita harus membawa haluan sendiri, kerana tujuan kita sudah tidak lagi sama (walaupun dulu terasa benar kita memiliki tujuan yang sama dengannya).


Sedih, memang.

:(


Tapi jangan lama.

Monday, October 11, 2021

Its Been Awhile

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 11, 2021 0 komen best
Dah lama saya tak dihantui mimpi-mimpi tentang dia.
Namun malam tadi saya termimpikan dia, playful version.

Mimpi-mimpi adalah mainan tidur, dan mungkin alter ego saya yang paling dalam yang masih berfikir tentang dia.

Move On lah, kerana ada banyak lagi bahagia di luar sana yang belum kita kecapi.

Friday, October 08, 2021

Insecurity

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 08, 2021 0 komen best

 Iblis ni jahat ye kawan2.

Sejak peristiwa saya tersedar saya menyakiti hati sahibah saya, hari-hari saya murung dan muram.

Saya rasa saya jahat.. dan rasa serba salah nak buat apa² pun di media sosial.

Hobi menulis saya terganggu, tak mampu nak tulis apa². Saya tertekan, rasa tak layak berkingsi apa²..sebab saya rasa saya jahat dan tak layak sharing.

Well.

Ia membuatkan saya muhasabah berulang kali. Ujian selalunya bagus untuk kita meningkat, namunnnn nak sabar banyak tu makin lama makin sukar ye ashikieennn

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea