Tuesday, October 12, 2021

Mampukah kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 12, 2021 0 komen best

 Ada sejenis cabaran yang agak berat kita tempuh dalam hidup ni.

Dugaan perasaan, bila kita ingin mengikhlaskan sesuatu, dan bila kita ingin move on.

Makin kita nak move on makin kita rasa ketertambatan hati kita.


Kadang rasa geram, kadang rasa sayu.


Sayu sebab mampukah orang yang ingin kita tinggalkan sebagai masa lalu berdiri sendiri tanpa kita?


Sesungguhnya kita jangan jadi orang bodoh. 


Kita kena yakin yang setiap jiwa tu, Allah lah yang menjaganya. Bukan kita.


Yakinlah bahawa dia akan baik-baik aja, dan kita harus membawa haluan sendiri, kerana tujuan kita sudah tidak lagi sama (walaupun dulu terasa benar kita memiliki tujuan yang sama dengannya).


Sedih, memang.

:(


Tapi jangan lama.

Monday, October 11, 2021

Its Been Awhile

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 11, 2021 0 komen best
Dah lama saya tak dihantui mimpi-mimpi tentang dia.
Namun malam tadi saya termimpikan dia, playful version.

Mimpi-mimpi adalah mainan tidur, dan mungkin alter ego saya yang paling dalam yang masih berfikir tentang dia.

Move On lah, kerana ada banyak lagi bahagia di luar sana yang belum kita kecapi.

Friday, October 08, 2021

Insecurity

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 08, 2021 0 komen best

 Iblis ni jahat ye kawan2.

Sejak peristiwa saya tersedar saya menyakiti hati sahibah saya, hari-hari saya murung dan muram.

Saya rasa saya jahat.. dan rasa serba salah nak buat apa² pun di media sosial.

Hobi menulis saya terganggu, tak mampu nak tulis apa². Saya tertekan, rasa tak layak berkingsi apa²..sebab saya rasa saya jahat dan tak layak sharing.

Well.

Ia membuatkan saya muhasabah berulang kali. Ujian selalunya bagus untuk kita meningkat, namunnnn nak sabar banyak tu makin lama makin sukar ye ashikieennn

Tuesday, October 05, 2021

And the option came.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 05, 2021 0 komen best

Setiap hari,

cuba untuk suka dan cinta seseorang tu bukanlah sesuatu yang mudah.

Terutamanya bila hidup memberi pilihan demi pilihan 

Dan kita berusaha melorongkan hati untuk tetap memilih dia. 


Risau?

Of course risau. 

Sebab selama ni segala pilihan yang pernah dibuat terasa mudah.. tak banyak melibatkan orang lain.


Dan sekarang saya dapat tawaran kerja yang............................telah lama saya impikan.


Pelik bila option tu bukan lah manusia lain tapi diri saya sendiri. 

Terasa takdir mencuri ketenangan saya beberapa hari ni.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea