Friday, October 08, 2021

Insecurity

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 08, 2021 0 komen best

 Iblis ni jahat ye kawan2.

Sejak peristiwa saya tersedar saya menyakiti hati sahibah saya, hari-hari saya murung dan muram.

Saya rasa saya jahat.. dan rasa serba salah nak buat apa² pun di media sosial.

Hobi menulis saya terganggu, tak mampu nak tulis apa². Saya tertekan, rasa tak layak berkingsi apa²..sebab saya rasa saya jahat dan tak layak sharing.

Well.

Ia membuatkan saya muhasabah berulang kali. Ujian selalunya bagus untuk kita meningkat, namunnnn nak sabar banyak tu makin lama makin sukar ye ashikieennn

Tuesday, October 05, 2021

And the option came.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 05, 2021 0 komen best

Setiap hari,

cuba untuk suka dan cinta seseorang tu bukanlah sesuatu yang mudah.

Terutamanya bila hidup memberi pilihan demi pilihan 

Dan kita berusaha melorongkan hati untuk tetap memilih dia. 


Risau?

Of course risau. 

Sebab selama ni segala pilihan yang pernah dibuat terasa mudah.. tak banyak melibatkan orang lain.


Dan sekarang saya dapat tawaran kerja yang............................telah lama saya impikan.


Pelik bila option tu bukan lah manusia lain tapi diri saya sendiri. 

Terasa takdir mencuri ketenangan saya beberapa hari ni.

Wednesday, September 29, 2021

Belajar Meminta Maaf Dengan Ikhlas. Be the Bigger Person.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 29, 2021 0 komen best

Be the Bigger Person.

Ini, adalah kata-kata yang selalu saya ajar kepada diri sendiri. Sebab saya hanyalah manusia kecil yang tak mampu menjaga hatta seinci sel dari tubuh sendiri.

Menyakiti hati orang, ternyata adalah a great deal for me.

Terakhir kali saya begini adalah 10, 11 tahun lalu ketika masih degree. Dan baru-baru ini, ketika konflik dengan penaja program.

Namun kita perlu belajar meminta maaf. Dengan Ikhlas.

Meminta maaf ni, bukanlah sebenarnya untuk orang lain.. sebenarnya meminta maaf adalah untuk kita menyejahterakan hati kita sendiri.

Seperti kata sebuah website; meminta maaf ialah mengambil bahagian untuk bertanggungjawab dengan konflik yang telah kita buat. Dan meminta maaf bukanlah hal yang salah. Namun begitu kita juga mesti adil dengan diri sendiri bila kita meminta maaf. Sebab kadang2 kesilapan tu bukan satu pihak je (in my case mmg satu pihak je, its me).

Kita juga perlu meminta maaf untuk ketenangan jiwa kita sendiri, dan jangan sesekali minta maaf sebab mengharap pihak lagi satu melakukan hal yang sama.. itu adalah hal yang salah sama sekali dan ia mungkin akan backfire, yang sebenarnya.

Untuk reaksi pihak sana pula;

ia di luar kawalan kita. Sungguhpun kita meminta maaf kerana kita mahu dimaafkan, kadang2 ia tak berlaku seperti yang diharapkan.. sebab kadang-kadang pihak yang lagi satu tak sedia memberi kemaafan dan move on. Jadi, jangan kecewa dengan apapun reaksinya. Let It Go for Now.

Kin. Be Brave.

We all want to be loved and forgiven.

Sunday, September 26, 2021

Hati Remuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 26, 2021 0 komen best

 Antara yang selalu meremukkan hati saya dalam hidup ni..  ialah.. bila saya telah merosakkan hubungan dan meremukkan hati orang lain.

Dan yang bodohnya ialah saya tidak tahu.

Dan lebih bodoh lagi bila saya tidak tampak ikhlas meminta maaf.

Sedangkan musuh saya yang sebenarnya bukanlah orang yang telah saya remukkan hatinya. Musuh sebenar, adalah iblis, yang membisikkan kemarahan dan syak wasangka dalam hati manusia. 

Supaya manusia saling bermasam muka dan tidak lagi berkasih sayang antara satu sama lain.

Kesilapan apa yang telah saya lakukan kali ini? Saya telah..dengan tidak sengaja menyakiti hati sahibah yang saya kasihi..tak jujur bertanya berterus terang sedangkan saya adalah perempuan dewasa yang berani. Dan perbuatan saya bukan setakat menyinggung hati sahibah saya dan suamniya, malah juga telah menyebabkan hubungannya dengan ibunya tidak baik.

Alangkah besarnya dosa ini, kin. Biarpun pertanyaan yang saya tanya pada ibu sahibah saya hanyalah ingin tahu adakah sahibah saya punya masalah lain.. caring, tapi bodoh. 

So stupid. And so clueless, you are, Norashikin.

Ya Allah.

Aku sungguh berdosa. 

Bantulah aku..memaafkan diri, dan meminta maaf kepada sahibahku tersayang, semoga dia sudi memaafkan kesilapan diri ini.

Dan semoga dia dan suaminya terus selalu tsabat di jalan ini.


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea