Be the Bigger Person.
Ini, adalah kata-kata yang selalu saya ajar kepada diri sendiri. Sebab saya hanyalah manusia kecil yang tak mampu menjaga hatta seinci sel dari tubuh sendiri.
Menyakiti hati orang, ternyata adalah a great deal for me.
Terakhir kali saya begini adalah 10, 11 tahun lalu ketika masih degree. Dan baru-baru ini, ketika konflik dengan penaja program.
Namun kita perlu belajar meminta maaf. Dengan Ikhlas.
Meminta maaf ni, bukanlah sebenarnya untuk orang lain.. sebenarnya meminta maaf adalah untuk kita menyejahterakan hati kita sendiri.
Seperti kata sebuah website; meminta maaf ialah mengambil bahagian untuk bertanggungjawab dengan konflik yang telah kita buat. Dan meminta maaf bukanlah hal yang salah. Namun begitu kita juga mesti adil dengan diri sendiri bila kita meminta maaf. Sebab kadang2 kesilapan tu bukan satu pihak je (in my case mmg satu pihak je, its me).
Kita juga perlu meminta maaf untuk ketenangan jiwa kita sendiri, dan jangan sesekali minta maaf sebab mengharap pihak lagi satu melakukan hal yang sama.. itu adalah hal yang salah sama sekali dan ia mungkin akan backfire, yang sebenarnya.
Untuk reaksi pihak sana pula;
ia di luar kawalan kita. Sungguhpun kita meminta maaf kerana kita mahu dimaafkan, kadang2 ia tak berlaku seperti yang diharapkan.. sebab kadang-kadang pihak yang lagi satu tak sedia memberi kemaafan dan move on. Jadi, jangan kecewa dengan apapun reaksinya. Let It Go for Now.
Kin. Be Brave.
We all want to be loved and forgiven.