Sunday, April 11, 2021
Preramadhon post
Tuesday, March 30, 2021
Sibukkan harimu, jangan fikirkanku
Yaaaaa Allah.
aku mengantuk benaaarrr harini.
kerja pulak suam2 kuku je dah habis projek aku last week.
Well ternampak pula perkongsian orang tentang Mizz Nina & Noh kat FB.. pasal Noh suka karekter Mizz Nina yang tak mengada, straightforward & strong
Aku percaya aku ada strong character jugak.
Tapi berdasarkan pengalaman kenal sana kenal sini, ramai lelaki tak suka perangai ini. Tak pasti dan tak faham kenapa. Haha.
By the way, saya tak menyediakan diri untuk lelaki yang tak boleh terima karekter ini.
Monday, March 15, 2021
Harapan Lelaki kepada Perempuan Dalam Sebuah Perkahwinan
Well recently saya trylah dating apps yang sesuai online.. dan untuk kalini berkenalan dengan beberapa lelaki baik di luar sana.
These guys are so kind that they politely talk about marriage. The discussion went very well, mereka adalah lelaki yang matang & sedia untuk berkahwin.
Tapi permintaan mereka agak besar untuk saya: korbankan karier, jadi surirumah.
The first guy straight cut cakap dia xnak wife bekerja. Jadi perbualan disudahi dengan baik.
The second guy lain sikit, berbual terus call, bercakap tentang background diri, kerja & keluarga masing2 & terus masuk topik kahwin. Memang tak buang masa. Lelaki kedua ini pun tak sesuai tapi saya sangat hargai kematangan dalam perbincangan kami dan apa yang dia mahukan dari seorang bakal isteri. Perbualan disudahi dengan terima kasih dan saya banyak merenung diri.
Well dari perbualan tu saya sedar yang saya tak sedia untuk korbankan banyak perkara dalam hidup ni untuk sebuah keluarga. Dan dia sedarkan saya bahawa kita tak boleh miliki banyak benda dalam hidup ni serentak. Kalau saya kejarkan kerjaya, saya mungkin dapat capai dengan mengoyakkan hati keluarga saya -suami, anak-anak. mungkin. Kalau saya kejarkan bahagia dalam rumahtangga, mungkin, kerjaya takkan gah sangat.
Saya suka lelaki sebegini. Rasional dan Praktikal.
Tapi kerana karekternya yang agak strong, dia sukar menjadi suami kepada wanita yang ada kerjaya. Dia tak mahu isteri culas menggalas amanah dalam rumahtangga dan masa bersama keluarga. Itu belum lagi saya sebut kesibukan dan keterlibatan saya dalam rantaian organisasi bukan keuntungan (NGO). hmph.
Dan saya, perlu lebih banyak berfikir apakah saya sudi mengorbankan banyak hal untuk sebuah perkahwinan dan rumahtangga.
Tuesday, March 09, 2021
Syukur yang terlalu banyak
Antara perkara yang tak pernah akan cukup dalam hidup ni.. ialah kesyukuran.
Sebab anugerah yang Allah berikan kepada kita, adalah terlalu melimpah ruah.
dosa-dosa kita yang terlalu banyak sampai tak terhitung oleh diri sendiri, Allah sudi ampunkan, bila kita minta Allah ampunkan kita.
yang ruginya, ialah, bila kita tak bersyukur.
dan terlalu berkira.
Syukurilah setiap sesuatu,
Allah akan membalas kesyukuran kita dengan syurga dunia.. dan mudah2an, syurga akhirat jua!
