Tuesday, January 19, 2021

Apa khabar?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 19, 2021 0 komen best
Untuk dia yang selalu bertandang ke dalam mimpi-mimpiku,

Apa khabar dirimu yang sekarang?

Mimpi2ku memberitahu banyak alamat tentangmu.. yang mungkin benar dan mungkin tidak.

Untuk 5 tahun yang telah berlalu tanpa ada lagi kita, aku, masih adalah aku..yang selalu tersenyum dan tidak lagi berharap masih ada kita..lagi.

Kita telah mengambil jalan sendiri secara paksa. Dan bahagia, masih jauh untuk dipeluk. Kerana ia telah lama pergi, 5 tahun yang lalu.

Belakangan ini selalu benar singgah di lembaran-lembaran mimpi yang tidak lagi aku catat ceritanya.

Berhentilah merasuki mimpi, dan hadirlah ke dunia nyata dengan berani.

Monday, January 18, 2021

Babysitting on 18th January 2021

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 18, 2021 0 komen best

 Selepas berbelas (mungkin dah capai puluhan?) tahun ibu saya mengasuh anak orang..

Harini semasa WFH saya kenalah baby-sitting anak2 ibu jaga dan anak2 kakak saya 4 orang.

bila sorang nangis, yang lain pun nak nangis jugakk.. habohtu kerja saya siapakah yang nak buatkan ni?


hmm xpe sekali sekala dalam setahun..

tapi bos nak meeting online lak jakgi acanerr


Wednesday, January 06, 2021

Awal 2021

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 06, 2021 0 komen best

 Hari keenam tahun 2021.

Alhamdulillah.

Untuk tahun ni tak banyak harapan selain berharap jodoh pasti bertemu. kehkeh.

Tahun 2020 dah banyak sangat achievement beli rumah, tukar kereta dan duduk rumah selama mungkin tanpa merayau banyak sangat.

Mungkin tahun ni kena banyakkan aktiviti kerohanian. hafal surah ke khatam quran banyak kali ke banyakkan solat taubat ke apa.

Tahun ni xde plan nak tukar kerja tapi kalau ada kerja lain memanggil why not~. Well aku nak kerja kalini bertahan sampai 5 tahun

Tahun ni semoga dapat hiking Mulu Pinnacles. dan tour Taman2 Negara yang ada kat Malaysia.

Nak sangat sambung belajar sebenarnya. Master. Tapi.. bersediakah aku?

I need a good push~~

Monday, December 28, 2020

Akhir 2020

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 28, 2020 0 komen best

 bukanlah tetibe je dah habis tahun 2020. Banyak sebenarnya yang dibuat tahun ni, biarpun tak banyak aktiviti fizikal macam hiking dan merayau (melanong).

Tahun ni banyak strengthening my inner self.

Kupas buku, rajin mengemas dan membuang barang2 rumah ibu abah, beli rumah, beli kereta (lagi), mengasuh anak buah yang tiba2 je dah dua tahun. Meskipun begitu, tetap jua aktif menjadi jawatankuasa penganjur program kesukanan, kewanitaan dan juga paling terbaru, membantu belakang tabir program kemanusiaan di bahagian dana.

Tahun 2020 memenangi award...... "Paling Banyak Duduk Rumah" dan "Usrah Online Sepanjang Tahun".

Biarpun tahun ini  banyak getirnya, sekurang2nye aku tak banyak stress ngan shipment besar2 (HAHAHAHAHAHAHA) dan juga tak payah swimming (walaupun boss banyak kali tanye)..


Well aku bangga ngan diri aku pada tahun 2020 sebab semakin matang dan belajar urus kewangan, zakat dan qurban. Kena azam nak buat qurban tiap2 tahun, biar lebih besar lagi qurbannya nanti. 

Moga tahun depan boleh start buka akaun tabung Haji & sempat bawa ibu abah umrah&haji walaupun sekali jadilah <3

Ya Allah makbulkanlah doa hambaMu ini..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea