Saya, seperti biasa tak terlalu exaggerate bila sesuatu berlaku. Tak pandai untuk terlalu menunjukkan emosi, dan selalu berusaha mengawal diri agar adil dalam semua situasi.
Sesungguhnya ia amat payah.
Diuji.
Abah saya berkahwin lagi merupakan satu ujian buat keluarga saya sebab ibu saya tak menerimanya dengan baik. Semua, semua perkara dipersalahkan. Saya sendiri merasa tidak adil dipersalahkan untuk apa yang saya tak lakukan.
Dan sesungguhnya tidak melakukan apa2 pun adalah satu kesalahan bagi seorang ibu.
Well saya belajar dengan begitu banyak dari kekacauan ini. Bahawa saya diberikan banyak masa untuk menilai semula kematangan saya dalam melalui mehnah. Menghargai ibubapa. Masih tetap menyayangi mereka dalam situasi mereka sedang benci satu sama lain.
Memang tak mudah.
Mengepung perasaan sendiri, dalam masa yang sama memujuk adik beradik untuk stay strong.
Semua orang ada pendapat sendiri.
Reaksi orang sekeliling?
Keadaan seolah2 memaksa saya membenci abah saya kerana apa yang dibuat dan tidak dibuatnya. Abah ibu saya masih hidup dan terikat dlm pernikahan tetapi ujian ini menyingkap siapa mereka sebenarnya dan siapa saya sebenarnya.
Orang lain seolah2 puas kalau saya membenci orangtua saya, keep giving hate comments about my dad.
Nobody knows how hard I try to hold myself.. From anger, from being rude.
Some times I take time to run, while thinking the way of calming down the storm.
Sebenarnya ujian tidaklah sesukar mana.. Bila kita yakin Allah Maha Menyelesaikan kekusutan kita.
Kalau Allah memberi sesuatu, mesti ada yang dia ingin kita pelajari darinya.
So dont ever give up, Ashikin!
Tuesday, January 22, 2019
Wednesday, January 16, 2019
red alert
Kadang-kadang kita lupa, Allah Maha Pemilik.
Semua yang kita ada, Dia yang pinjamkan.
Bila Dia nak ambil semula, Dia ambil pada waktu yang tak disangka-sangka, sama macam waktu Dia memberinya dahulu- waktu yang kita tak expect.
Sebenarnya kita kena sedia sentiasa.. sedia untuk menerima dan sedia untuk kehilangan.
kadang Allah ambil keluarga kita.. pada waktu mereka masih hidup. Diorang masih ada, tapi institusi keluarga terlerai.
ada orang Allah ambil keluarga dia dengan cara kematian, anak mati suami mati isteri mati.
selagi Allah tak ambil dari kita, selagi itulah ianya amanah kita. Allah pinjamkan sebab Dia nak tengok baik mana kita jaga diri kita, keluarga kita.
Ibu saya, sejak abah kahwin lagi, dia hilang diri.
Ujian untuk kami.
Saya selalu doa agar Allah sayang ibu abah kami yang selalu berbuat baik kepada orang lain dan menyantuni orang miskin.
Doakan saya :')
I have to be strong too!
Monday, January 14, 2019
Beautiful La Vie En Rose musical cosmetic box from France
omaagadd he knows I love the song sosososooo much!
Monday, January 07, 2019
What is my 2019's resolution?
Tahun ni lambat sikit buat post pasal resolusi 2019.
Untuk visi tahun 2018, saya telah mencapai 2/3 daripadanya- travel abroad, tukar kerja. Yang tak dapatnye cari teman hidup.
2019..
Saya hanya ada beberapa perkara yang nak dicapai;
1. Sosial media: kurangkan merapu di media sosial facebook, kalau boleh hiatus terus
2. Kewangan: menyimpan 1k sebulan
3. Sumbangan keluarga: beri duit cash selain belanja dapur bulanan
4. Sumbangan masyarakat: komited dgn tugasan Haluan esp. kalau diberi tugasan biro tajaaan (please!)
5. Kerja: buat yang terbaik setiap hari, dpt bonus & naik pangkat (Aamin!)
6. Hobi: Hiking Gunung Kinabalu Julai 2019
7. Membaca: pembacaan buku ilmiah tarbiyatul Aulad dan bincangkan dlm halaqah
8. Halaqah: Hadir tanpa uzur syar'ie
9. Hutang: Usaha menghabiskan bayar hutang kereta
10. Above all else, jaga solat, jaga iman!
Terbanyak plak.. Kene simplify nih😆
Moga tahun 2019 Allah besarkan hati saya selalu, agar sentiasa sedia dengan ujian dan syukur dengan pemberianNya

Subscribe to:
Posts (Atom)