Jeda masa yang panjang tanpa mempunyai petanda bahawa jodoh akan menjemput, membuatkan saya mempunyai begitu banyak masa berfikir dan memerhatikan bagaimana orang lain melaksanakan kelangsungan hidup berkeluarga.
Masa-masa ini juga membuatkan saya memperkemaskan diri dengan ilmu pengetahuan, memperluas pergaulan, menambah kenalan agar lebih fokus dengan apa yang saya mahukan dengan kehidupan selain terperuk dengan soal mencari 'other better half'. Karier, adalah salah satu cara saya merehatkan diri, dan melakukan apa yang saya suka dengannya.
Semenjak MB menjadi seorang yang tidak lagi saya percaya mampu meneruskan tugasnya sebagai seorang ketua yang baik, saya mendapat kerja yang lebih baik di sebuah syarikat bernama MB di kotaraya KL dengan pakej karier yang saya mahukan sangat-sangat. Apa lagi yang saya mahukan, selain harus bersyukur dengan aturan Allah?
Allah Maha Baik, sekurang-kurangnya saya tidak mempunyai colleague yang setiap hari berbisik bahawa syarikat ini bermasalah di sana-sini - saya bencikan orang seperti itu di tempat kerja :z
Untuk sekarang, saya mempunyai misi memiliki lesen berenang sebelum hujung tahun~
p/s: Jeda masa yang panjang juga membuatkan saya lebih cerewet memilih dalam urusan jodoh :(

