Tuesday, July 07, 2015

Tips untuk anak menjadi baik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 07, 2015 0 komen best

Saya rasa saya seorang anak yang baik.... rasenyelah, insyaAllah. Well saya menulis ini bukan untuk ujub atau bongkakhekhek, tetapi sebagai panduan diri sendiri dan sebagai catatan untuk mengingati kebaikan ibu dan abah buat saya. ♡♡♡

Anak yang baik dan diredhai Allah dan ibu bapa, jaga solat, jaga aurat dan kehirmatan diri, insyaAllah masuk syurga. Kalau dah ada suami, jaga maruah suami, dan suami redha.

Anak yang baik, insyaAllah adalah bakal suri yang baik juga. (ameeen~)

So. Ini adalah apa yang ibu bapa saya buat untuk saya membesar menjadi orang baik.

1. Doa masa bayi dalam rahim.
Masa saya dalam perut, ibu selalu doakan saya jadi anak yang baik dan terang hati. Tengok bulan terang, dia doakan sy jadi macam bulan, terang dan indah. cewah ibu.

2. Pilih nama yg baik
Abah pilih nama Ashikin, masa tgk bulan jugak. Dia nak saya jadi orang yang tekun, dan bila tengok, akan disayangi macam bulan. Btw Asal nama Ashikin dalam bahasa Arab ialah Ishqun, bererti mabuk rindu. Tapi takdelah orang mabuk rindu kat Norashikin..

3. Pendidikan agama semasa kecil
Secara fitrahnya, anak adalah seorang yang bersih fikiran dan jiwanya. Semasa umur 5 tahun, sebelum mencapai mumaiyiz, abah menghantar saya ke tadika Islam, yang mempunyai asatizah berfikrah Islamiyah yang jelas dan baik. Sebabtu, saya baca doa sampai dalam tandas kuat2!

4. Didikan adab disiplin dan agama
Walaupun ini yang paling menjauhkan saya dengan ibu abah, tapi saya terima. Saya dihantar 3 tahun untuk dididik oleh atuk saudara saya di Johor tentang solat dan ibadah harian. Dalam masa yang sama, hidup dengan orang lain, banyaaak belajar pasal adab. Dan of course, tidak dimanjakan langsung! Kena rotan lagi ada lah. These important 3 years have given a large impact to my life. Sistem sekolah agama di Johor juga membuat saya faham agama lebih awal berbanding rakan sebaya di bandar- juga, asatizahnya berfikrah Islam yang jelas.

5.  Sekolah yang baik
Apabila saya menjejak tingkatan satu, saya berpeluang bersekolah di MRSM selama 5 tahun. Sejujurnya, umur 13-17 tahun adalah perubahan besar dalam hidup seorang remaja, dia nak menjadi apa. Ketika umur ini, kalau dia memilih menjadi baik, maka baiklah hidupnya, insyaAllah. Sungguhpun saya seorang yang malas semasa sekolah dulu, penerapan dan standard tinggi sekolah lambat laun membuatkan saya rasa ingin berubah - terutamanya bila ada kawan-kawan dan cikgu yang supportive (kerana kumpulan kelas yg xramai) dan program motivasi yang disusun secara bersepadu di sekolah.

6. Doa dan Solat hajat.
Saya terasa terkait dengan doa ibu secara langsung dalam hidup saya. Ketika saya ingin PTS, ibu dan ibu angkat saya mula mengajar bagaimana bersolat hajat dan mengajak saya melakukannya bersama-sama. Setiap kali peperiksaan dan peperiksaan penting, ibu mesti bangun malam untuk saya dan adik beradik lain. Saya amat menghargai doa dan usaha ibu, sampai tak tertanggung rasa terhutang pada ibu.

Sehingga sekarang pun, semasa saya masih belajar di universiti dan semasa saya ingin/sedang mencari kerja, ibu membuat solat hajat untuk kemudahan urusan saya. Application saya melalui doa ibu sangat dipermudahkan Allah - tak sempat menganggur pun!

7. Suka membaca
Saya mendapat perangai suka membaca disebabkan ibu dan abah sukaaa membaca. Semasa umur 5 tahun, abah membelikan komik Kawan supaya saya minat membaca. Bila abah atau ibu nak saya cepat membaca, disuruhnya saya membaca artikel yang sedang dibacanya kuat-kuat. Ibu dulu ada satu almari koleksi majalah Wanita & Mastika yang menjadi bahan bacaan semasa menunggu bas nak pergi kerja.

8. Pemakanan.
Semasa umur 7-9 tahun, dengan gaji kecil, ibu berusaha membeli kurma dan kismis- yang pada masa itu mungkin sukar didapati dan harganya mahal. Ibu mengajar saya makan kismis dan kurma, dan berselawat sebelum makan. Saya amat jarang makan makanan segera semasa kecil-mungkin abah dan ibu tak suka. Malah sepanjang sehingga di universiti pun saya kurang memakannya sehinggalah menjejak tahun akhir.

9. Faktor dalaman diri sendiri
Dalam hidup ni, agama memainkan peranan yang penting untuk membentuk diri saya. Ia bermula dari doa ibu, kemudian mendapatkan kawan yang baik, dan menjaga hubungan dengan Allah. Semasa kecil, faktor luaran menjadi nombor satu, tetapi, apabila remaja dan beralih menjadi dewasa, faktor dalaman menjadi yang utama.

Kita kena selalu doakan diri, ibubapa dan anak-anak kita berada dalam jagaan Allah-kerana untuk menjaga hati dan jiwa kita dari dibolak-balikkan pun, kita tidak mampu!

Wednesday, July 01, 2015

I am such a boring girl- plain one

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 01, 2015 0 komen best
Ooops!

I memang boring pun...
Lepas kerja, balik rumah. Lepas balik rumah, esok pagi keluar pun, kerja. Hujung minggu kalau x program, balik rumah mak ayah.

Takde shopping, takde tengok wayang lepas kerja. Memang boring.
Balik rumah, baca buku, tulis blog, rehat.

Ini complaint dari kawan baik saya di tempat kerja - seorang cina - its so hard to explain that girls should stay at home, sweetly taking care of oneself, and to avoid unnecessary risks
"daripada kejahatan malam apabila gelap gelita"..

Jaga diri baik-baik macamni pun, ibu selalu complaint- "dah habis brlajar biat apa pergi pogrem?"

I pun xfaham- kita pegi program nak jadi orang baik, nak jumpa manusia baik, nak dikumpulkan di tempat org baik2 di akhirat nanti =D

Kita minta sikitt je doa ibu >_<



Tuesday, June 30, 2015

June!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 30, 2015 0 komen best
Tiba-tiba je dah penghujung Jun. 2015.

Saya adalah orang pertengahan. Lahir pada pertengahan bulan, di pertengahan tahun, sebagai anak yang tengah-tengah. Dan tahun ini saya 25 tahun, peralihan menjadi seorang wanita yang matang dan pandai serba-serbi.

June tahun ini dilalui dengan penuh mencabar.

Setiap minggu, ada saja shipment aneh yang menggugat dan luar biasa. Saya tahu - saya sudah ke fasa yang seterusnya: your uncomfortable zone.

 Ada hari dalam bulan ini yang saya merasa terlalu bodoh dan hopeless dan teramat malu dengan kebodohan yang saya lakukan - tak apa; bodoh hanya sekali.

Well dalam melalui hari-hari yang semakin mencabar ini, kepada Allah saya meminta kasih dan pertolonganNya. Saya belajar bertawakkal, agar Allah membolak-balikkan hati manusia yang jahat menjadi baik, yang dengki menjadi kasih, dan yang penting, hati saya sendiri tidak terasa sempit dengan kerenah manusia. Setiap kali ada masalah, saya minta Allah besarkan jiwa ini - agar terasa mudah apa yang susah.

Saya rindu berkongsi buah fikiran saya dengan orang yang saya cinta - yang sentiasa menyokong saya walau apapun situasi saya. Tahun ini tidak ada lagi ucapan ulangtahun - seperti yang dijangkakan, tahun lepas adalah yang terakhir. Dia adalah hobi saya.

Kadang-kadang rasa menyesal - A sign of being adult is you start having regrets.
Menyesal tapi bersyukur.

Tuesday, June 23, 2015

Hidup bersulam ujian

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 23, 2015 0 komen best

Being an adult is one thing, and to not forget being young is another thing.

Semasa masih kanak-kanak, orang lebih tua kelihatan bebas dan hidup sewenangnya. Apabila umur saya meningkat dari tahun ke tahun, realitinya, kehidupan ini sangat dinamik. Ada hari lapang, ada hari sempit.

Saya belajar mengerti bahawa setiap orang diuji berbeza-beza, dan cara setiap orang menghadapi kehidupan juga sangat berbeza.

Hari ini ,
Mungkin bukan hari ini saja,
Saya rasa begitu loser sebagai logistician. A big one. Rasa macam sungguh tak layak memegang cita-cita menjadi muslim logistician, cita-cita yang amat saya banggakan selama ini. Biarpun gaji tak banyak mana, biarpun waktu kerja yang panjang, tetapi kerana hati saya sangat cintakan pekerjaan ini.

Mulia. Setiap kerja itu mulia selagi niat saya bekerja betul.

Baru hari ini terasa tak tahu nak letak muka kat mana.

Bila kena uji macamni,
dan dan terfikir pasal tak jaga hubungan dengan Allah.
Sekilas Allah bagi lintasan hati, Pasal kecikkan hati ibu last week sebab tak balik Nilai.

Kin, jangan bodoh lama2 sangat, cepat sikit belajar!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea