Being an adult is one thing, and to not forget being young is another thing.
Semasa masih kanak-kanak, orang lebih tua kelihatan bebas dan hidup sewenangnya. Apabila umur saya meningkat dari tahun ke tahun, realitinya, kehidupan ini sangat dinamik. Ada hari lapang, ada hari sempit.
Saya belajar mengerti bahawa setiap orang diuji berbeza-beza, dan cara setiap orang menghadapi kehidupan juga sangat berbeza.
Hari ini ,
Mungkin bukan hari ini saja,
Saya rasa begitu loser sebagai logistician. A big one. Rasa macam sungguh tak layak memegang cita-cita menjadi muslim logistician, cita-cita yang amat saya banggakan selama ini. Biarpun gaji tak banyak mana, biarpun waktu kerja yang panjang, tetapi kerana hati saya sangat cintakan pekerjaan ini.
Mulia. Setiap kerja itu mulia selagi niat saya bekerja betul.
Baru hari ini terasa tak tahu nak letak muka kat mana.
Bila kena uji macamni,
dan dan terfikir pasal tak jaga hubungan dengan Allah.
Sekilas Allah bagi lintasan hati, Pasal kecikkan hati ibu last week sebab tak balik Nilai.
Kin, jangan bodoh lama2 sangat, cepat sikit belajar!
