Monday, January 12, 2015

Budgets

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 12, 2015 0 komen best

Saya telah memulakan perancangan kewangan bermula 2014.

Well. sejujurnya, saya mula mengawal kewangan saya semasa terfikir dan berniat ingin menanggung kos perkahwinan sendiri, semasa kakak saya berkahwin dulu.

Jadi saya mula meletakkan target menyimpan beberapa K dalam akaun simpanan.

Hidup sebagai seorang dewasa, here comes responsibility.

Infaq.

Hadiah.

Keperluan rumah.

Kereta. (kongsi kereta keluarga).

Selepas muhasabah (review) penyata kewangan saya tahun lepas, saya asyik mengeluar-masukkan wang simpanan saya. Dan berkeputusan, bahawa cara saya berbelanja perlu diubah.

Daripada target tahunan, saya harus membuat budget bulanan seperti ini:

1. Infaq
2. Hadiah
3. Sewa
4. Kereta/transport-related
5. Belanja rumahtangga/dapur
6. Lunch
7. Simpanan
8. Insurans

.. dan mentaatinya.

9. Pinjaman
Saya bersyukur yang saya tak berhutang apa-apa dengan sesiapa. Even, saya tak berniat membeli kereta, terutamanya pada zaman ekonomi buruk ini. Ia sangat amat dan terlebih memudahkan perancangan kewangan.

Bila kita membuat budget untuk diri sendiri, sungguhpun gaji kita kecil, insyaAllah akan sentiasa mencukupi. Namun, jika kita tak merancang langsung kewangan kita, gaji banyak mana pun, tak akan pernah cukup!

kin, ganbateeh~

Nota: saya menggunakan apps "My Expenses" dalam program saya ini.

Saturday, January 10, 2015

Terima kasih kerana ada.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 10, 2015 0 komen best

"

Bukan aku tak pernah
Cuba melemparmu jauh
Tapi kau
Yang tak pernah pergi

"

Dan,
jangan pernah pergi.

Wednesday, January 07, 2015

Susahnya jadi orang melayu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 07, 2015 0 komen best

Susahnya menjadi bangsa ini, hidup sebagai sebahagiannya, dan mengangkat nilai-nilainya.

Keburukan tidak mempunyai bangsa. Tetapi bangsa mempunyai keburukan.

Semakin saya dewasa, semakin banyak keadaan yang membuat saya bersalah. Contohnya;

Situasi 1:
Jiran selang empat buah rumah dari rumah ibu abah sering menyusahkan tetangga. Sejak tidak mendapat jawatan dalam JKKK, dia sering membuat aduan kepada majlis bandaran terhadap salahlaku di kejiranan kami yang menyebabkan gerai jualan dirobohkan, ayam dibela disuruh tangkap, anjing liar dibunuhnya. Ibu melarang saya berbaik dengan jiran itu hatta ketika bertemu nak cakap salam.

Situasi 2:
Dalam keluarga ataupun dengan kawan, bila kecil hati, tiba-tiba aja taknak bercakap atau berbual mesra macam selalu. Tahu-tahu je dari mulut orang lain.

Tidak layakkah perhubungan ini diperjuangkan? Does it not worth fighting for??

Tak tahulah sama ada perangai bangsa kita ni memang suka cakap belok belok banyak simpang lalu belakang orang. Walhal dengan anak sendiri pun tak berani nak tegur, panggil, bincang elok-elok. Mengumpat tak menyelesaikan masalah.

Situasi 3:
Saya dilarang oleh keluarga untuk berhubung dengan sepupu yang katanya, "kalau kita buat baik dengan dia, dia akan lebih menyusahkan kita".

Natijahnya, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Konflik yang berlaku antara orangtua, merosakkan hubungan antara anak-anak.
Bila dah dewasa, saya rasa awkward gila kalau dapat keep in touch dgn sepupu saya tu.

Situasi 4:
Last but not least: sukar menerima dan memberi teguran.

Dalam hidup saya ni, saya paling hargai roommate saya yang sudi menegur perilaku saya yang kadang tak semenggah. Simply because she loves me.

Yang buat muka manis di depan tapi perangai tahi kat belakang, saya pun tak tahu kan.. tegurnya taknak, tapi komplennya banyak. Menyampahlah.

Sekian laporan ketidakpuasan hati saya.

Tuesday, January 06, 2015

Year of appreciation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 06, 2015 0 komen best

Memasuki tanggal 2015. Umur saya akan menjejak 25 pada pertengahan tahun ini, dan hidup saya melalui satu fasa perubahan yang drastik- manusia pergi dari hidup saya.

Pergi, sama ada meneruskan kehidupan, berkahwin, berpindah atau meninggal dunia.

Jadi, sementara mereka masih di sini, bersama saya, saya akan berusaha menghargai mereka sebaiknya. Keluarga saya, sahabat-sahabat saya.

Saya adalah perempuan yang tak mampu untuk hidup hanya dalam kenangan.

So. Azam 2015, berusaha menghargai setiap manusia yang ada dalam hidup ini.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea