Saya telah memulakan perancangan kewangan bermula 2014.
Well. sejujurnya, saya mula mengawal kewangan saya semasa terfikir dan berniat ingin menanggung kos perkahwinan sendiri, semasa kakak saya berkahwin dulu.
Jadi saya mula meletakkan target menyimpan beberapa K dalam akaun simpanan.
Hidup sebagai seorang dewasa, here comes responsibility.
Infaq.
Hadiah.
Keperluan rumah.
Kereta. (kongsi kereta keluarga).
Selepas muhasabah (review) penyata kewangan saya tahun lepas, saya asyik mengeluar-masukkan wang simpanan saya. Dan berkeputusan, bahawa cara saya berbelanja perlu diubah.
Daripada target tahunan, saya harus membuat budget bulanan seperti ini:
1. Infaq
2. Hadiah
3. Sewa
4. Kereta/transport-related
5. Belanja rumahtangga/dapur
6. Lunch
7. Simpanan
8. Insurans
.. dan mentaatinya.
9. Pinjaman
Saya bersyukur yang saya tak berhutang apa-apa dengan sesiapa. Even, saya tak berniat membeli kereta, terutamanya pada zaman ekonomi buruk ini. Ia sangat amat dan terlebih memudahkan perancangan kewangan.
Bila kita membuat budget untuk diri sendiri, sungguhpun gaji kita kecil, insyaAllah akan sentiasa mencukupi. Namun, jika kita tak merancang langsung kewangan kita, gaji banyak mana pun, tak akan pernah cukup!
kin, ganbateeh~
Nota: saya menggunakan apps "My Expenses" dalam program saya ini.
