Thursday, October 09, 2014

Day 9: Perangai orang Turki

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 09, 2014 2 komen best

Setiap bangsa (baca: nation) ada rupa dan perangainya yang kita boleh pukul rata secara umum. Setelah hari kesembilan, kecetekan andangan saya menilai mereka adalah seperti berikut:

1. Kebersihan.
Orang Turki kebanyakannya adalah pembersih. Walaupun ada juga yang suka buang sampah rata-rata.

Toilet pun lubangnya ditutup supaya tak berbau, agar tak boleh lihat faeces terapung mcm kat Malaysia. Toilet manners orang Turki, diorang tak suka tandas berlecak. Kalau boleh sentiasa nak lap tandas tu supaya takde air atas lantai.

Lepas ambil wudhuk pun, mesti lap selipar supaya bila keluar dari tempat wudhuk takde bekas tapak kasut kotor.

2. Sangat membantu (helpful) & rendah hati, ikhlas.
Waktu kami sampai, walaupun tak tahu cakap sepatah pun bahasa Turki, mereka tetap berusaha membantu. Bila sampai di universiti, coordinator sendiri datang jumpa saya, insist on angat barang-barang keluar dari teksi, raikan sendiri kedatangan kami. Not to compare, aku yang officer biasa ni punn malas nak tolong orang angkat barang-kalau boleh kau buat sendiri semua ya. Termuhasabah di situ.

Dan saya bersyukur sangat dapat teman yang baik2 sepanjang di sini. Its not easy to find one solehah women, jaga solat & very shy..

Ok. Banyak lagi nilai baik diorang yang buat saya jatuh hati. Dan ada juga yang tak baik. Antaranya:

3. Kuat merokok
Baik lelaki mahupun perempuan, muda atau tua, mereka membudayakan rokok. Sampaikan kawan saya kata, "dah berkedut, nenek tua nak mampus pun merokok lagi".

Alhamdulillah, nasib baik belum nampak lagi perempuan bertudung yang merokok.

Mereka ada smoking area, dan prinsipnya, mereka takkan merokok dalam bangunan dan dalam bas atau kereta.

4. Bad road manners
Rasanya orang Malaysia pun ada je perangai tak elok ni.. waktu traffic jam, diorg siap boleh matikan enjin.. pastu keluar gi jalan ke depan untuk tengok punca kesesakan.. even berenti tepi jalan sesuka hati. Honking... sentiasa buat. Prinsip keluar simpang, asal boleh. U turn selagi ada jalan.

Road manners aku baik sikit. Haha.

5. Kemas
Mereka sangat pentingkan kekemasan.. tak suka sepah-sepah. Even pegi jalan-jalan pagi pun pakai baju bergosok kau tahu. Pakcik tua berkedut pun pakai coat. Bawak bas pun pakai kemeja pegi pejabat. Tak selekeh, kata orang kita.

Pegi makan kedai tepi jalan pun nak wig rambut. Apatah.

Orang dia lawo-lawo! Safety guard kat pasaraya pun cantik. Kalau kat Malaysia pompuan cantik jadi guard mesti dah masuk suratkabo n blog murahan macam penmerahdotcom, abangnara dan soscili.

Sekian.

Monday, October 06, 2014

Day 6: Holiday

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 06, 2014 0 komen best

Harini adik-adik minta nak rehat. So do their little kakak.

Di Turki ini orangnya lebih senang memanggil saya dngan panggilan "Nora" atau "Nuura" compared to "Shikin" atu "Ikin". Lidah depa terbelit sikit kot nak sebut nama tu.

Cuaca di sini sejuk, lebih kurang antara 12°C - 16°C. Sentiasa nyaman. Its different with living in the aircond.

Living here is a little escapism for me, as for now. Masa terasa panjang, even ada baaaanyak masa nak travel, baca buku, baca Qur'an, mengemas, mengatur jadual.. Tu namanya masa yang diberkati. Mungkin kat home country saya banyak melagho sangat kan sampai tak sempat nak buat semua benda.

While waiting for the washing machine, and the girls,... movie, anyone?

Blergh.

Nah. Pemandangan tingkap dari hostel penginapan:

Sunday, October 05, 2014

Day 4: Bayram

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 05, 2014 0 komen best

Bayram bermaksud Qurban. Iyi Bayramlar bermaksud.. Selamat hariraya Qurban.

Negara Turki merupakan negara Lingua Franca dimana orang-orangnya tak tahu cakap bahasa lain. Strictly no english, nor Arabic!

Malam sebelum raya, saya drooling over thinking of Raya foods.. ketupat, lemang, laksa johor, mi kari.. ooh.. bekerja di perantauan pada hari raya, menyebabkan students kata saya tak enjoy datang Turkey.

Pagi raya, kami tak pergi pun masjid sebab orang perempuan di kawasan Beylikduzu tak pergi masjid.. dan solat raya pun pukul 7.30 pagi.

Pukul 10 pagi, kami travel ke Yusufpaca untuk perjumpaan pelajar perempuan Malaysia di kawasan Istanbul.. dan disebabkan Yusufpaca tu dekat sangat-sangat dengan Grand Bazaar & Blue Mosque, saya ajak juga diorang jalan-jalan ke sana. Ambil angin, dan yang paling penting, cari buah tangan untuk buah hati yang tertinggal di Malaysia ♥

Therefore. Maksud qurban sempena Aidiladha tahun ni: Menyembelih kekusutan yang ada dalam hati, dengan mendekatkan jiwa dengan Allah, beriman denganNya, dan meyakini bahawa jika Allah membuatkan kita menghadapi sesuatu, Dia akan membantu kita menghadapiNya.

Day 2 in Istanbul : Marmara Park

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 05, 2014 0 komen best

Saya meninggalkan Malaysia dengan hati yang sangat luka. Tentang keluarga, tentang adanya perkara mengguris hati yang saya katakan pada abah, "Nora minta maaf, Nora sakitkan hati abah".

I cried my lungs out during the day before departure just because I talk heart to heart to abah.

Sekarang bawa adik-adik MM ke Marmara Park di Istanbul. Makan-makan, jalan-jalan dan set-up telefon. Disebabkan saya tak bawa passport, maka saya tak boleh beli sim card dan daftar telefon. Saya menunggu mereka di depan kedai telefon, adanya booth gula2 dan coklat di tengah-tengah susur gajah ini.

Saya perhatikan, anak-anak kecik sangat sukakan belon terapung.

Saya berfikir tentang.....kenapakah saya masih bekerja di tempat yang selalu saya keluhi tentangnya,  lalu teringat kata-kata abah.. bahawa dalam hidup ni, Allah akan selalu bagi kita rasa cinta yang lebih banyak dari kepayahan dan kebencian. Cinta yang mengubat rasa penat dan kesedihan.

Ayah akan selalu menggembirakan hati anak-anak sungguhpun terpaksa membayar harga yang mahal dan tak berpatutan.

Ayah bahagia, sungguhpun anak kecil itu tersenyum melihat belon terapung yang tidak pandai berkata-kata itu.

Di kejauhan ini, saya mungkin rasa menyesal. Tapi kita perlukan sedikit keberanian untuk tidak menghadapi penyesalan yang lebih besar kemudiannya nanti.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea