Masya Allah. Hari ini adalah hari yang cukup panjang. Dan menyedihkan.
Hari saya bermula dengan bergegas awal ke Bandaraya Metropolitan KL tetapi tiba lewat. Dan dimarahi bos. Masih positif.
Urusan lancar di Embassy, tiba-tiba diuji dengan kemalangan. Menghabiskan masa berjam-jam di balai polis. Masih positif. Kerja masih banyak, tak ada masa nak menangis untuk kesilapan bodoh diri sendiri.
Bergegas ke Shah Alam. Saya tidak faham kenapa asyik dimarahi berulangkali untuk benda yang sama untuk benda yang tak perlu. Masih bertahan.
Masih lagi bergegas, memandu kereta yang telah eksiden ke KLIA.
Sampai KLIA, ..
saya memeluk Syafiyah sambil menangis. Tak terkata apa-apa. Sedih, sebab tak dapat hadir majlis pernikahannya. Sedih, sebab saya tak mampu berkongsi apa yang dialami sepanjang hari. Sedih dan gembira, kerana sahibahku tersayang telah menemui dirinya yang lagi satu. Saya tak sedih dia pergi jauh, sebab saya yakin, kami berada dekat dalam doa satu sama lain. Berharap agar perkahwinan tidak memisahkan ukhwah. Melepaskan pelukan hangat Syafiyah, pada saat kerja memerlukan saya di gate lain.
The hardest moment..untuk hari ini..adalah ketika melepaskan roommate kesayangan mengiringi pelajar ke Mesir. Pada masa masa sukar, bersama dengannya sahaja sudah cukup untuk merasakan kerja kerja berat menjadi ringan. Juga.. kawan bermain di opis, Shida pun turut dibawa pergi. Semoga Allah menjaga mereka sentiasa. Dan, semoga hari-hari tanpa mereka berdua cepat-cepat berlalu.
23 September. Hari untuk airmata menjadi sangat murah. Esok, lepas kerja-kerja di Embassy usai, saya nak minta cuti rehat.
Cuti Introspeksi.
