Harini.. saya merasa takjub dengan kekuasaan Allah yang mengubah hati manusia.
Alhamdulillah, tidak dapat tidak, saya bahagia sebab Allah selalu memberikan peluang..agar saya kembali kepadaNya.
Sebenarnya hari ini adalah hari yang panjang. Hari yang saya nanti-nantikan sepanjang bulan ini: hari interview. Tapi banyak benda penting untuk diselesaikan, hari ini juga. Tercongok di Putrajaya awal pagi. Berkejar ke Puchong. Sesat dalam perjalanan ke Wangsa Maju. Terlajak jalan DUKE sampai ke Klang selepas tu, nak ke Wisma Putra. Balik ke Serdang dan berkejar semula ke Putrajaya.
Allah Sebaik2 Penolong.
Interview ini adalah yang paling komprehensif dan bersistematik pernah saya hadir. Temuduga dari DHL.
Abah sangat gembira bila saya dapat panggilan temuduga ini. DHL. Its a name. Saya bercita-cita menjadi muslimah pakar dalam bidang ini. Kita org Islam, belum ada lagi syarikat logistik, atau org yang berkecimpung dalam supply chain sebagai seorang pakar.
Dua hari sebelum ni telah membuat saya resah.. tiba-tiba je boss tak bagi cuti kerana saya dimestikan menghadiri event yang dianjurkan syarikat.
Dan.. saya telah mencuri masa rehat untuk pergi interview tu. Sekurang-kurangnya tidaklah saya ponteng kerja. Kan?
Kerja saya.. terasa benar keras dan sukarnya dari hari ke hari. Saya tak faham apa yang susahnya dengan kerja ini.
This is not about the pay. Bukan pasal gaji.
Hati tak ikhlas, mungkin?
Masa gaji kecik sikit dulu.. hati saya sentiasa senang dan lapang.. Malah rasa tak sabar untuk bekerja esok harinya.
Sekarang.. gaji lebih sikit dari dulu, syarikat masih sama, cuma workloadnya yang dinamik sikit.
Takpe kin.
Waktu susah, kita belajar.