Hati kita ini misterius. Tatkala ia telah jatuh cinta, ia mampu bertindak dengan luar biasa. Mampu merosak, juga, mampu menguat.
Saya sudah sampai ke tahap itu. Tahap jatuh hati.
Sampai bila-bila pun kita takkan pasti dengan apa yang berlaku pada hati kita, diri kita, kehidupan kita, selagi kita tak berserah diri kepada Allah, Rabb dan Ilah kita. Saya membaca buku dengan tajuk di atas, kerana ia mampu meyakinkan saya, bahawa cinta mempunyai haknya yang tersendiri. Kalau seseorang itu Allah izin belum berjumpa lagi dengan dirinya yang lagi satu (baca: soulmate), ada banyak sirah tentang singles yang masuk syurga dgn rahmat Allah..
Cinta itu fitrah. Usah malu membincangkannya, memberitahu keperluannya kepada diri.
Fasa penting jatuh cinta, ialah memposisikan cinta. Meletakkan ia di tempat yang betul.
Hidup, mesti berani menyatakan kemahuan.
