Di tempat kerja, saya diberi tugas memantau pelajar LI.
Melatih orang lain, adalah sesungguhnya sangat menguji. Bukannya sebab saya cepat marah, short tempered, atau susah, tapi sebenarnya ia merupakan cermin besar di tempat kerja. Kalau saya jaga akhlak baik, maka dia pun akan jaga akhlak. Kalau saya haru biru, nanti dia pun dengan mudah tak menjaga etika kerja sebab tersalah anggap, bila saya buat salah maka perkara itu betul.
Sejujurnya, adik2 yang datang untuk LI terlalu lurus dan rigid kepada arahan. Saya sudah melalui 3 fasa/sesi melatih pelajar latihan industri dari pelbagai tahap, kebanyakannya tidak mampu/tidak dapat untuk berfikir lebih. Saya tidak tahu sama ada pihak kementerian pengajian tinggi pernah menjalankan kajian kepada graduan mereka atau tidak.
Mendapat tugasan macam ini mengajar saya sesuatu.
Natijah kepada sesuatu tugasan, bukanlah agar orang lain berpuas hati dengan kerja kita, sebab sampai bila pun kita takkan dapat puaskan hati orang. Ia lebih kepada peningkatan dalam diri kita, sama ada kita mampu menjadi pelatih yang soleh atau tidak, menjaga dan grooming bakal graduan ini seperti adik2 sendiri.
Kalau di-compile-kan semua bebelan saya kepada adik2 LI, dah boleh buat buku dah. Cara tulis logbook, etika pakaian, tips hantar resume, teamwork, menurut arahan, jana sikap proaktif..yadayadayada etc bla3.
Untuk orang2 LI sekalian: jangan tulis logbook semata2 untuk supervisor semak. SV xbaca pun sebab SV banyak kerja. Dan perbuatan tu xmendatangkan faedah kepada anda. SV lebih nak tahu kalau anda belajar perkara baru, dan berminat untuk mengetahui benda baru dalam bekerja.
Sekian dari SV anda yang sedang belajar untuk menjadi SV daripada adik2 LI.