Tuesday, January 07, 2014
Penat
Ya. Semua orang pernah. Saya juga.Ia berlaku kerana kita memberikan masa kita untuk itu. Meluangkan masa untuk benda entah apa-apa. Memberi ruang untuk diri memberi reaksi terhadap apa yang berlaku. Membiarkan diri marah, ada masa untuk memerhatikan kelewaan orang lain.
Ini perkongsian yang saya tafsirkan daripada Twins of Faith yang temanya The Sunnah The Better. Kata Speaker yang mengambil Rasulullh sebagai qudwah, katanya;
"Rasulullah adalah orang yang paling sibuk di dunia. Baginda mengimamkan solat 5 waktu setiap hari selama 23 tahun, mengetuai peperangan, suami kepada berbelas isteri, bapa kepada puteri-puterinya, ketua negara, pemimpin rakyat. Namun baginda adalah manusia yang paling banyak tersenyum, jarang marahnya, santun peribadinya. Baginda manusia sempurna untuk dijadikan contoh.. Tidak pernah sekali pun kita mendengar mana2 hadith tentang Rasulullah memarahi orang lain kerana sesuatu yang remeh. Ini kerana Rasulullah tidak memperuntukkan masa untuk marah.."
Ada kajian menyatakan bahawa semakin sibuk seseorang, semakin dia kurang marah. Ini kerana dia tidak punya masa untuk marah. Sebaliknya, semakin kurang tugas seseorang, semakin banyak masanya untuk memerhatikan kepincangan orang lain dan memberikannya masa untuk merapu atau marah.
Kita muslim. Kita sibuk. Kerja kita lebih banyak dari masa yang ada, kecualilah kalau kita muslim yang menganggur dan bersidai-sidai di tepi jalan kehidupan ini.
Menulis ini, sebenarnya adalah sebab saya terlalu down pada hari ini. Teringat pula dapatan dari program Twins of Faith. Memberitahu diri bahawa kita tak ada masa pun untuk merasa down, jatuh tergolek-golek.
Dah.
Rasulullah orang yang paling banyak ujiannya. Namun, bagindalah orang yang dilihat paling banyak tersenyum. Kita jugalah yang tarik muka panjang sedepa semata-mata kerana tak ada mood nak senyum.
Kasihan. Jangan jadi hamba mood, jadi hamba Allah!
Tuesday, December 31, 2013
Tho'ifah.
Sabda Rasulullah S.A.W; akan sentiasa ada di kalangan umatku orang yang diberikan pertolongan di jalan Allah. Tidak ada ragu dan sedih bagi orang yang meninggalkan mereka.
Mereka sentiasa melahirkan kebenaran.
Kita ingin membentuk thoifah ini, thoifah yang mendapat pertolongan dari Allah.
Dalam pembentukan diri dan jiwa kita, kita mestilah bersama-sama dengan kebenaran. Sehingga kemuncak kepada jiwa kita ialah kekuatan untuk bersama kebenaran meskipun di hadapan kezaliman dan pemimpin yang zalim.
Contohnya dalam sistem persekolahan kita, kepincangan yang ketara ialah tidak ada tanggungjawab terhadap kebenaran. Umpamanya apabila ada orang buat salah, tidak ada yang bersuara. Cikgu merokok di sekolah, contohnya. Atau membuang sampah merata-rata dalam organisasi.
Perkembangan ini tidak sihat untuk pembangunan masyarakat kita.
Pembentukan thoifah ini adalah perkara yang perlu dibina, berani bercakap perkara yang benar.
Panglima Amru gagal menawan suatu tempat. Maka Saidina Umar al khattab menghantar surat untuk melihat apa suruhan Rasulullah yang tidak memenangkan perang. Maka setelah diselidiki maka diketahui ada antara mereka yang tidak bersugi. Apabila telah dibetulkan amalan ini, atas izin Allah mereka menang dalam peperagan itu.
Sifat ini menyebabkan kita peka dengan kebenaran dan syakhsiah Islam.
Thoifah ini menjadi contoh yang melahirkan kefahaman kepada masyarakat. Ia memberikan kesan positif kepada masyarakat.
Thoifah ini adalah thoifah robbaniyyah, yang dikenali melalui sifat-sifat dan memiliki ciri-ciri pendukung al-Quran dan al-sunnah. Pengiktirafan baginya hanyalah satu perkara teknikal, sedangkan thoifah ini tidak perlu kepada pengiktirafan. Keperluan dan ciri thoifah ini dipenuhi meskipun tak diiktiraf.
Keperluan untuk bersatu pada nama ialah bila ada khalifah. Ia perlulah saling bantu membantu dan mestilah tidak boleh bercanggahan, dan menjatuhkan.
Siapa yang tergolong dalam thoifah ini ialah sesiapa yang memiliki ciri-ciri Islam.
Friday, December 27, 2013
Dilamar
Dalam hidup ini, kita ada impian untuk dikejar dan cinta untuk berpaut. Antara kedua-duanya ini, ada kalanya kita harus memilih salahsatu.
Semalam hari yang paling bahagia bagi saya, menerima lamaran dari syarikat logistik- bidang kecintaan saya. Tawaran yang diberikan syarikat agak baik, antara yang terbaik pernah saya terima- gajinya, elaunnya agak lumayan, dekat dengan rumah ibu abah, kemudahan yang sangat menyenangkan. Lebih dari itu, saya dibolehkan belajar sebanyak-banyaknya. Logistics.
Namun hari ini, hari yang paling sayu- Saya menulis surat berhenti kerja. Hati saya tak dapat menolak yang saya sangat cinta kepada Medicmesir- syarikat tempat saya bekerja sekarang. Bos saya yang solehah, roommate dan rakan kerja yang sangat baik yang dicintai Allah, Para pelanggan-ibubapa yang inspiring belaka, Persekitaran kerja yang selesa tanpa saya perlu risau tentang ikhtilat..
Bos saya memberi tempoh berfikir. Istikharah, katanya.
(Bos saya mempunyai aura yang unik. Antara sebab kenapa saya amat kasihkan dia.)
Saya yakin, meskipun gaji saya di Medicmesir itu lebih kecil, tapi berkatnya amat dirasai. Apa yang saya bimbangi ialah saya hilang keberkatan ini kemudiannya.
Dalam masa yang sama, saya ingin maju lebih laju dengan tawaran yang ada. Tapi saya juga tak ingin tamak.
Logistics itu mimpi, Medicmesir itu cinta.
Oh ikin. Buatlah keputusan. :3
Thursday, December 19, 2013
Its not bad to take your time at all
Mungkin saya tersilap. Atau sebenarnya, itulah yang diperlukan untuk membuat keputusan. Agar saya tidak menyesali keterburu-buruan saya dalam membuat keputusan dan maju dalam kehidupan. Agar saya mempunyai hati saya ketika melakukannya. Agar saya belajar untuk mencintai apa yang saya ada sekarang, sementara apa yang di depan tidak perlu mengganggu saya yang sekarang, tetapi menanti pula saya datang kepadanya. Oh apakah kata-kata ini.
Kadang-kadang perkara baik juga memerlukan masanya.
"Good things fall apart, so better things can fall together".
Miss Cikin.~

