Friday, December 27, 2013

Dilamar

di tulis oleh Unknown pada Friday, December 27, 2013 1 komen best

Dalam hidup ini, kita ada impian untuk dikejar dan cinta untuk berpaut. Antara kedua-duanya ini, ada kalanya kita harus memilih salahsatu.

Semalam hari yang paling bahagia bagi saya, menerima lamaran dari syarikat logistik- bidang kecintaan saya. Tawaran yang diberikan syarikat agak baik, antara yang terbaik pernah saya terima- gajinya, elaunnya agak lumayan, dekat dengan rumah ibu abah, kemudahan yang sangat menyenangkan. Lebih dari itu, saya dibolehkan belajar sebanyak-banyaknya. Logistics.

Namun hari ini, hari yang paling sayu- Saya menulis surat berhenti kerja. Hati saya tak dapat menolak yang saya sangat cinta kepada Medicmesir- syarikat tempat saya bekerja sekarang. Bos saya yang solehah, roommate dan rakan kerja yang sangat baik yang dicintai Allah, Para pelanggan-ibubapa yang inspiring belaka, Persekitaran kerja yang selesa tanpa saya perlu risau tentang ikhtilat..

Bos saya memberi tempoh berfikir. Istikharah, katanya.
(Bos saya mempunyai aura yang unik. Antara sebab kenapa saya amat kasihkan dia.)

Saya yakin, meskipun gaji saya di Medicmesir itu lebih kecil, tapi berkatnya amat dirasai. Apa yang saya bimbangi ialah saya hilang keberkatan ini kemudiannya.

Dalam masa yang sama, saya ingin maju lebih laju dengan tawaran yang ada. Tapi saya juga tak ingin tamak.

Logistics itu mimpi, Medicmesir itu cinta.
Oh ikin. Buatlah keputusan. :3

Thursday, December 19, 2013

Its not bad to take your time at all

di tulis oleh Unknown pada Thursday, December 19, 2013 0 komen best
Saya fikir saya tersilap bilamana saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir dan membuat pertimbangan, pro and contra untuk sesuatu.

Mungkin saya tersilap. Atau sebenarnya, itulah yang diperlukan untuk membuat keputusan. Agar saya tidak menyesali keterburu-buruan saya dalam membuat keputusan dan maju dalam kehidupan. Agar saya mempunyai hati saya ketika melakukannya. Agar saya belajar untuk mencintai apa yang saya ada sekarang, sementara apa yang di depan tidak perlu mengganggu saya yang sekarang, tetapi menanti pula saya datang kepadanya. Oh apakah kata-kata ini.

Kadang-kadang perkara baik juga memerlukan masanya.

"Good things fall apart, so better things can fall together".

Miss Cikin.~

Monday, December 16, 2013

Recites

di tulis oleh Unknown pada Monday, December 16, 2013 0 komen best

Pakcik saya yang bijak laksana telah berbincang tentang recites.

Dia memberitahu, recites bukan sekadar baca, tetapi ianya lebih kepada perbuatan mentafsirkan sesuatu ke dalam kehidupan, mengajarkannya kepada orang lain dan menjadi hamba yang lebih baik.

Katanya; sebab Rasulullah pun recite, tapi bukan membaca sesuatu tulisan, sebab Rasulullah seorang ummi.

Panjaang lagi huraian tentang perkataan Iqra' dalam bahasa Arab, dan dia cuma mengajak saya berfikir, setelah melihat saya asyik memegang buku walaupun semasa bercuti.

Maksud recite tu, tadabbur ke?

Monday, December 09, 2013

Jawapan kepada kejedaan yang panjang ini.

di tulis oleh Unknown pada Monday, December 09, 2013 0 komen best

Antara benda yang paling tak patut wujud dalam hidup ini ialah mengeluh dengan apa yang berlaku.

Sayangnya itulah yang segera sekali kita lakukan bila adanya ketidakselesaan yang berlaku dalam hidup kita.

Setelah berfikir dengan agak panjang, dan mengambil masa yang lama untuk memikirkannya, saya menemui jawapan kepada kejedaan ini, hikmah apa yang menyebabkan Allah mencampak saya di sini dan melalui pausing condition ini: saya tidak melakukan kerja saya, tugas saya, tanggungjawab saya. Maka mungkin saya tidak layak untuk berkembang ke tempat lain kerana tugas di sini masih belum selesai.

Menyedari realiti ini (bahawa kerja kita masih terlalu banyak berbanding masa yang ada) membuatkan saya terasa amat sedih. Namun. Hidup ini dan kekecewaan saya tidak pernah gagal menjadi bahan untuk memotivasikan diri.

Buat kerja, buat kerja, buat kerja.

Kerja memang yang pertama, keluarga pun begitu juga, tapi dakwah tarbiyyah ini bukan yang kedua. Ia tidak pernah terpisah.

Oh ikin. Hidup ini janganlah dihabiskan dengan bermain.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea