Keduanya saya ingin meminta maaf kepada diri sendiri, yang telah lama tidak menulis apa-apa untuk mengingatkan diri. Mungkin sebab banyaknya dosa dan keringnya jiwa membuatkan penulisan terasa tersangkut-sangkut.
Saya masih ragu-ragu dengan apa yang saya inginkan. Saya tidak mahu keputusan hidup ini ditentukan oleh orang lain, atau keadaan. Atau kemahuan, ego, nafsu dan ketamakan. Rasa tamak nak macam-macam. Mungkin kena banyak baca tentang mati, tentang kiamat, menguatkan kesedaran bahawa tak ada rumah banglo atau duit berkepuk atau sijil belajar tinggi yang kita bawa jumpa Allah. Juga, tentang terbentangnya amalan seperti wayang di hadapan mata- agar kita mudah meninggalkan kelewaan dan fokus dengan kerja-kerja utama kita.
Dalam tempoh saya tidak menulis ini, semakin banyak yang saya faham tentang hidup. Antaranya;
kita mungkin ada banyak persoalan tentang kehidupan, yang kita tidak faham, untuk masa sekarang. Tidak faham kenapa takdir kita begini dan begitu. Dan apabila masa berlalu, kita semakin dewasa, dan semua persoalan dulu menjadi jelas, atau tidak lagi bermakna.
Apa yang paling teruk dalam hidup kita bukanlah seburuk yang disangka.
