Namun akhir-akhir ini saya selalu kematian rasa dan keinginan untuk menulis. Saya ingin menghadam semuanya dalam hati saja. Malas, mungkin.
Saya tak ingin menjadi perempuan tanpa kenangan. Tidak mungkin dalam hidup ini tidak ada yang tak perlu dipelajari atau difikirkan semula.
Mungkin kehidupan bekerja adalah seperti ini, hidup yang kerutinan.
Mungkin kehidupan rutin menyebabkan kita lelah dan malas.
Mungkin sebab saya berada pada tahap kehidupan yang tidak kondusif untuk saya kongsikan sesuatu kerana semua perkara yang saya lalui banyak rahsia dan sulit untuk difikirkan.
Well untuk mengharungi hari-hari yang tidak ada kuliah, tak ada majlis ilmu, tak ada tazkirah, tak ada usrah mingguan, saya membeli buku 'Act Like a Lady, Think Like a Man' (Macam tak ada kena mengena sangat dengan hidup sebab buku ni lebih sesuai dengan orang yang dah berkahwin). Sebenarnya saya nak carikan buku Men From Mars Women From Venus untuk seseorang, tapi tak ada di kedai buku itu.
Rumah yang saya huni sekarang ada tiga orang kanak-kanak yang suka ikut saja apa saya buat. Saya mengaji mereka mengaji. Saya solat dia main teddy bear besar di keliling saya. Saya main game dia pun sama-sama main game.
Saya ada mengadu pada seorang kakak bahawa saya tidak sukakan kehidupan praktikal ini. Tapi dia telah berpesan; "Apa yang Allah berikan, mungkin sekarang macam tak ada gunanya. Mungkin pada masa depan, kita tidak tahu, kan?"
Semakin hari, saya semakin biasa dengan suasana kerja, dan sangat rindu untuk bertemu ibu pada hujung minggu.
