Wednesday, February 20, 2013

Perempuan Tanpa Kenangan

di tulis oleh Unknown pada Wednesday, February 20, 2013 0 komen best
Salahsatu sebab blog ini wujud ialah saya ingin merakamkan dan menghadam sebaik-baiknya apa yang saya dapatkan daripada hidup ini setiap hari. Saya ingin hari-hari yang saya lalui bermakna seperti itu, adanya nilai dalam setiap yang saya lalui. Saya tidak ingin hidup ini berlalu dengan sia-sia.

Namun akhir-akhir ini saya selalu kematian rasa dan keinginan untuk menulis. Saya ingin menghadam semuanya dalam hati saja. Malas, mungkin.

Saya tak ingin menjadi perempuan tanpa kenangan. Tidak mungkin dalam hidup ini tidak ada yang tak perlu dipelajari atau difikirkan semula.

Mungkin kehidupan bekerja adalah seperti ini, hidup yang kerutinan.
Mungkin kehidupan rutin menyebabkan kita lelah dan malas.
Mungkin sebab saya berada pada tahap kehidupan yang tidak kondusif untuk saya kongsikan sesuatu kerana semua perkara yang saya lalui banyak rahsia dan sulit untuk difikirkan.

Well untuk mengharungi hari-hari yang tidak ada kuliah, tak ada majlis ilmu, tak ada tazkirah, tak ada usrah mingguan, saya membeli buku 'Act Like a Lady, Think Like a Man' (Macam tak ada kena mengena sangat dengan hidup sebab buku ni lebih sesuai dengan orang yang dah berkahwin). Sebenarnya saya nak carikan buku Men From Mars Women From Venus untuk seseorang, tapi tak ada di kedai buku itu.

Rumah yang saya huni sekarang ada tiga orang kanak-kanak yang suka ikut saja apa saya buat. Saya mengaji mereka mengaji. Saya solat dia main teddy bear besar di keliling saya. Saya main game dia pun sama-sama main game.

Saya ada mengadu pada seorang kakak bahawa saya tidak sukakan kehidupan praktikal ini. Tapi dia telah berpesan; "Apa yang Allah berikan, mungkin sekarang macam tak ada gunanya. Mungkin pada masa depan, kita tidak tahu, kan?"

Semakin hari, saya semakin biasa dengan suasana kerja, dan sangat rindu untuk bertemu ibu pada hujung minggu.

Thursday, February 07, 2013

a mistake is fatal error.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 07, 2013 0 komen best
I'm gonna talk from a view of a coolie, a worker and astudent.

In college, when we can't really learn much of the mistakes since we only tested and go into exams without knowing which mistakes we did. But still, when we did mistakes, they're forgiven under the reason that we are still in the learning process. But as soon as we enter another alien life and work, one mistakes is a fatal. It can't be easily forgiven since it involves costs, time, and money.

Well thats why we learned about opportunity costs. I cant imagine how someone can be so in patience while being betrayed by someone whom once so trusted.

I'm no longer in a dreamland. wow. life is a real battle. Please be patient..

Pesan Dr. Zakir Naik;
"apa yang kau rasakan di dunia, terlalu sedikit berbanding apa yang kau bakal tempuhi di dunia yang lagi satu. "
Hold on. We'll forget how bad it was, because Allah promises wisdom in every sorrows~

Monday, February 04, 2013

hari pertama internship

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 04, 2013 0 komen best
erm.. alhamdulillah.

dah hari pertama pun. dan mula buka semula blog ni kepada umum. sebenarnya rasa macam blog ni sangat monotonous, sedangkan ia telah lama bersama saya.

hari pertama, saya cuma melaporkan diri dan buat kerja-kerja yang dirasakan membantu. tiba-tiba saya rasa macam banyaaak lagi tak tahu dalam dunia ni.

lepas briefing, maka saya tahu yang saya akan banyak mengembara lepasni.
Cantwait, cant wait!

hujung minggu ni akan berada di universiti paling menarik untuk briefing tentang program, hmm...

Saturday, February 02, 2013

rindu menulis

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 02, 2013 0 komen best
Well. Dah seminggu di rumah.

Seminggu ini saya menghabiskan masa sebaik-baiknya, hidup tanpa internet. Setiap hari melayan kanak-kanak adalah hari-hari terindah; (but I can't bear it for the whole life sebab baby memang kuat nangis); dan biasalah mood orang baru balik, memang nak mengemas saja.

Dan kadang-kadang rindu juga nak menulis.

Esok lusa bakal memulakan praktikal, dan saya sangat berharap bahawa saya cepat belajar dan bersedia menjadi orang dewasa yang ceria saja. ^_^

Sebenarnya sedih sebab banyak perkara perlu difikirkan, ada perkara yang saya amat suka tapi saya perlu berputus asa darinya dan adanya perkara baru yang saya perlu terima;

bahawa kehidupan selalunya seperti itu.

Hold on, it will be worth it.
Sometimes good things falls apart so that better thing can be together.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea