Pada suatu masa, dalam suatu tempoh; seorang ahli circle saya telah menulis sesuatu di dinding facebooknya, yang mana ia telah terlalu amat mengguris hati dan perasaan saya. Ia telah membuatkan saya terjatuh bergolek-golek dan tersentak seperti orang eksiden. Dia berkata;
"Kalau betul ukhwah, kenapa aku tak rasa apa-apa?"
Menangis. Memang ada waktunya saya terasa tak dipedulikan. Tidak menghiraukan diri sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Berkorban, dalam ertikata lain, terkorban, mengharapkan Allah redha dengan persaudaraan yang dijalinkan. Ada waktunya juga saya mempersoalkan tentang "aku ni betul ke sedang berukhwah?" Tanpa sedar, saya juga mempersoalkan apa yang ahli circle itu sedang persoalkan.
Lalu saya dengan lajunya merujuk kepada seorang kakak. Katanya; hak ukhwah perlu diberi, tetapi ia tidak boleh dituntut.
Hak-hak ukhuwwah ialah; memberi salam kepadanya, mengasihinya, mendoakannya, membantunya menyelesaikan masalah, memudahkan urusannya, menziarahinya, memberikan hadiah, meluangkan masa bersama, kebersamaan. Dengan itu ia membuahkan rasa kebersalingan, percaya rasa terhubung.
Dalam berukhwah, kita akan diuji dan teruji.
Ada waktunya kita akan berasa tidak senang, cemburu, atau merasa tidak selesa. Semua itu, mungkin adalah bisikan iblis yang tidak suka kita saling berkasih sayang kerana Allah, jadi bersabarlah.Bersabarlah dengan kerenahnya, kasihilah dia, senyum saja bila dia tidak sengaja.
Namun jangan sesekali merasa tak dihargai bila dia tidak membalas perbuatan baik. Jangan sesekali merasa "aku telah berbuat lebih untuknya". Jangan sesekali menuntut hak ukhwah kita dari orang lain. Jangan risau, kita kena yakin, Allah lah yang membalas setiap amal dan kebaikan..
Jadi; ukhwah; are we doing it right?