Friday, January 11, 2013

practical placement story 2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 11, 2013 0 komen best
Hari Rabu, 9 Januari, saya dan coursemate mengambil slip exam di pusat praktikel universiti.

Seperti yang diberitahu, tempat praktikel saya ini, Allah yang pilih..Allah pilih, sebab dapat tempat yang baik, insyaAllah. sebab pernah juga fikir, alangkah tak bestnya dapat tempat yang orang xterima pakaian muslim.. Kalau dapat syarikat yang xbagi pakaian labuh macam production hall (kilang), menangislah saya hentak-hentak kaki..

Keduanya, semua tempat yang saya minta, usaha cari, tanya sana-sini, semua tak dapat.. Lepas dua. tiga dan tak terkira rasanya company yang nominated, dan semuanya tak respon, saya cakap kat pegawai yang uruskan; "Puan, kalau yang ini takdapat juga, saya serahkan CUIC lah ye.."

Ketiganya, tentang elaun.
Dalam syarat praktikum, terserahlah sama ada company nak bagi atau tidak elaun kepada pelajar praktikal. Alhamdulillah, saya dapat juga elaun, sebab rata-rata kawan saya ada yang dapat sangat sedikit atau tak dapat langsung.

Keempatnya, rumah sewa.
Disebabkan abah saya kerja kat Serdang, saya tak risau tentang rumah sewa. Tapi disebabkan abah selalu keluar bekerja terus ke syarikat lain (abah Sales Manager jadi tak 24/7 dalam office, sentiasa berkejar-kejaran ke sana sini) jadi saya kenalah cari rumah sewa atau rumah yang boleh dijadikan tempat berteduh dari panas dan hujan. Jadi abah cadangkan saya tinggal di rumah saudara. Alhamdulillah ada saudara berdekatan tempat praktikal, boleh jalan kaki pergi kerja, dan di pagi hari kakak saudara akan hantarkan sekali dengan hantar anak ke sekolah. Bolehlah ajar anak dia mengaji dan tolong kemas rumah kakak saudara.

Alhamdulillah Allah dah mudahkan urusan :D

Thursday, January 03, 2013

Hidup secara serius

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 03, 2013 0 komen best

Penghayatan
Saya selalu terfikir, kenapa kita dengan lebih mudah menghafal lirik lagu berbanding nota-nota pelajaran. Kenapa kita dengan lebih senang memahami cerita-cerita fantasi, segala jenis movie berbanding ajaran guru atau sesuatu yang beersifat ilmiah atau kademik. Kita, sebenarnya tidak memberikan penghayatan kepada sesuatu yang baru. Kita tidak ingin memberikan perhatian untuk memahaminya. Kita menolaknya tanpa memandang. Jadi ia bertukar menjadi 'mental block', dimana kita telah menutup pintu hati dan deria kita daripada menghadam sesuatu itu untuk difahami oleh jiwa kita.

Kunci kepada memahami ilmu, ialah penghayatan. Mintalah supaya Allah menerangkan hati kita dengan cahayaNya. Ilmu itu cahaya, yang hanya memasuki hati yang bersih.

Kisah
Suatu pagi selepas subuh abah menyuakan saya satu muka daripada sebuah majalah, kisah tentang seorang lelaki dan ayahnya (ok maafkan saya sebab tak ingat apakah namanya). Lelaki ini, setiap hari membaca al-Qur'an selepas subuh. Dan setiap pagi juga, ayahnya bertanya, "Kamu buat apa tu, nak?" dan setiap kali juga si anak dengan sabar menjawab, "Saya baca Qur'an, ayah", lalu menyambung mengaji. Setiap hari, mind you. Obviously ayah dia tanya benda yang anak dia sedang lakukan. Kalau saya of course lah dah naik angin ke apa kan.

Suatu hari, setelah beberapa lama, lelaki itu, si anak bertanya kepada ayahnya: "ayah, kenapa ayah tanya perkara yang sama setiap hari? Bukankah ayah telah tahu, bahawa saya sedang membaca al-Qur'an?"

Ayahnya menjawab, "ayah berharap kamu tidak hanya membacanya sahaja, bacalah, seperti ianya diturunkan kepadamu, untukmu." Tadabbur. 

Pengajaran Kisah
Sejak membaca kisah ini, ia memberi satu anjakan paradigma pada diri saya. Ia telah menjadi turning point untuk saya mengubah diri, mengubah bagaimana saya menerima dan melihat sesuatu.

Kisah ini sebenarnya mengajak kita membaca al-Qur'an dengan serius. Membacanya, seperti Allah menurunkannya kepada kita, bukan sebagai 'beban' kepada Muhammad (since dalam Qur'an banyak menyebut 'katakanlah (wahai Muhammad)' ), atau sekadar membacanya sebagai kisah seperti penglipurlara yang menghiburkan, atau sekadar membacanya seperti membaca buku cerita, kisah para anbiya' atau saja-saja membacanya sebagai gambaran syurga dan neraka sebagai khayalan mahupun apa-apa.

Kisah ini juga, mengajak kita beradab kepada orangtua. Telah banyak sekali, orang tua-tua mengadu perihal anak-anak kepada saya, lalu membuatkan saya turut merasa sedih dan kecewa. Sikap anak muda, remaja sebaya saya terhadap ibubapa sangat mengecewakan.. Kerosakan sistem keimanan dalam jiwa kita menyebabkan kita tidak dapat berfungsi dan berakhlak sebaiknya. Kita mudah melenting mendengar orangtua kita bercakap banyak a.k.a membebel tanpa kita sedar, bila dah tua nanti, kita juga akan menjadi annoying juga. Memang tak mudah, tapi, ajarlah diri untuk bersabar.

Berdoa dan hidup secara serius
Pernah, saya tahu semua orang pernah tengok jam dua kali kerana tak melihat jam dengan baik-baik pada kali pertama. Ini kerana kita tak serius, tidak fokus untuk tahu apa waktunya pada kali pertama. Begitulah bila kita tak melakukan sesuatu dengan serius, ia tak punya hasil. Kita sering bertanya kenapa doa tak dimakbulkan, kerana kita sambil lewa dalam berdoa, tidak serius. Kita tak serius ingin berkahwin, maka jodoh tidak datang (well ni topik yang semua orang suka), Kita tak serius solat so kita melewa-lewakannya. Kita tak menghargai ibubapa dan adik-beradik secara serius jadi kita mensia-siakan saja orang di sekeliling kita.

Cubalah, untuk hari ini, kita lakukan sesuatu dengan serius, untuk sesuatu yang simple seperti makan. Saya jamin, anda akan menemui makna untuk sesuatu hatta ketika makan.

Semoga hidup anda lebih bermakna untuk sedetik lagi. Sedetik lebih, mencintai diri dengan serius. >.<

Wednesday, January 02, 2013

Never have second chance

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 02, 2013 0 komen best
Anda semua adalah orang yang lahir daripada dua orang yang lain. Dua orang yang lain ini datang daripada dua buah keluarga yang berlainan. Oleh itu, seorang daripada kita adalah anggota kepada suatu tubuh atau masyarakat. Kita adalah orang-orang yang dipunyai dan dipunyakan. Simply said, every single person is belongs to someone else. Jadi Nabi Muhammad melarang kita menyakiti seseorang yang lain kerana ia bererti menyakiti suatu masyarakat itu secara keseluruhannya.

Just, Dont hurt yourself any further too. Bila sakit, cepatlah sembuh. Bila jatuh, cepatlah bangun. Bila lemah, cepatlah bangkit. Walid, suami ummi berpesan, "Orang yang tak menjaga diri, tak menjaga kesihatan, adalah orang yang mementingkan diri. Bila dia sakit, dia menyusahkan orang lain, dan dia tak dapat berbakti sebagai ahli dalam masyarakat, tak dapat berfungsi sebagai anggota masyarakat".

Sekali lagi, saya suka memetik kata-kata abah. Abah pernah berpesan, "Never have to think that you have that second chance". Kata-kata abah ini applied dalam banyak keadaan. Masa kecil-kecil dulu abah selalu cakap benda-benda yang tak munasabah atau tak relevan pada pendengaran. But to think that life feels a little harder through times, kata-kata abah menjadi semakin relevan. Abah telah banyak mencurahkan nasihat supaya kita menjadi rasional dalam menghadapi hidup.

Cubalah ambil masa berbual dengan ayah. Suatu masa nanti, dia akan pergi meninggalkan kita, dan cuma kata-katanyalah saja yang dapat menyembuhkan rindu. Cubalah berbual dengan ayah secara serius, mendengar harapan-harapannya, berkongsi pendapat, mengambil tahu kisah masa mudanya.. dia pernah muda seperti kita, dan kita akan menjadi tua sepertinya. Begitu juga dengan ibu, ambillah masa, menadah telinga, mendengar celotehnya. Percayalah, seorang ibu sentiasa berfikir tentang anaknya. Seorang ibu, paling suka cerita tentang siapa kita semasa kecil, cerita yang kita tidak dengar daripada orang lain. :)

Well entri kali ni agak abstrak jadi saya cuba menyampaikan sesuatu secara tidak langung (indirect) ~

Tuesday, January 01, 2013

Entri pembuka tirai 2013

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 01, 2013 2 komen best



Pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah kerana telah sudi memberikan nafas yang ke seterusnya untuk terus hidup dan berfikir tentang kebesaranNya, sebagai satu tanda keagunganNya yang memberi keputusan kepada setiap perancangan yang kita lakukan. Bersyukur, saya telah melalui satu tahun yang telahpun pergi meninggalkan kita. Ketika saya dipenuhi kebimbangan tentang apa yang bakal dilalui sepanjang 2012, ada orang yang telah berpesan, "Just think what the future you will feel about the past you. Whether you in the future will be thankful to the current you, or that future you will curse you for anything you do in the past".

Satu tahun telah mengubah seorang Ikin menjadi seorang Ikin yang sama yang mungkin lebih baik atau lebih buruk.

Well untuk tahun ini saya akan melalui satu tempoh praktikal selama empat bulan (Februari sehingga Mei) di Serdang, Selangor, insyaAllah di sebuah agensi penghantaran pelajar Medik ke Mesir. Kita ke padang latihan yang baru, dan tempat baru untuk merajut ukhwah. Saya suka untuk, apabila ke suatu tempat yang baru, saya membina pertalian persaudaraan, atau membina 'rumah' yang selesa di tempat itu yang saya akan kembali lagi ke tempat itu dengan mesra. InsyaAllah. Sifat seorang muslim itu ibarat benih yang baik yang menyuburkan laman dan menyegarkan pandangan. Dicampak ke mana saja, dia hidup subur. Orang kata, campak ke laut menjadi pulau, campak ke hutan menjadi gunung. Muslim itu ibarat lebah, datangnya tak memudaratkan, pekerjaannya menyenangkan, hasil kerjanya menyembuhkan. 'Healer', kata bahasa penjajah.

Selepas habis tempoh praktikal, sementara menunggu konvokesyen di hujung tahun, kalau jodoh sampai, saya kahwin :P Eh, bukan. Sementara tunggu konvo, saya akan bekerja, membantu syarikat abah yang baru saja ingin membangun, insyaAllah. Atau saya menyambung kerja kegemaran saya, (membantu ibu menjaga anak-anak kecil jiran-jiran) menjadi babysitter.

Muslim itu, tidak menganggur. Sekalipun tidak ada orang ingin menggajinya, kerjanya sentiasa ada. Sebabnya, kerja kita sentiasa lebih banyak daripada masa yang ada.

Mungkin di awal tahun ini, kita boleh consider untuk tutup beberapa media sosial yang menjadi pencuri-pencuri waktu. Hurm. Dan bila saya hilang dalam melaksanakan hidup, saya akan merujuk entri ini kembali. Semoga kita terus bernafas dalam atmosfera keimanan. insyaAllah. :)


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea