Tuesday, January 01, 2013

Entri pembuka tirai 2013

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 01, 2013 2 komen best



Pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah kerana telah sudi memberikan nafas yang ke seterusnya untuk terus hidup dan berfikir tentang kebesaranNya, sebagai satu tanda keagunganNya yang memberi keputusan kepada setiap perancangan yang kita lakukan. Bersyukur, saya telah melalui satu tahun yang telahpun pergi meninggalkan kita. Ketika saya dipenuhi kebimbangan tentang apa yang bakal dilalui sepanjang 2012, ada orang yang telah berpesan, "Just think what the future you will feel about the past you. Whether you in the future will be thankful to the current you, or that future you will curse you for anything you do in the past".

Satu tahun telah mengubah seorang Ikin menjadi seorang Ikin yang sama yang mungkin lebih baik atau lebih buruk.

Well untuk tahun ini saya akan melalui satu tempoh praktikal selama empat bulan (Februari sehingga Mei) di Serdang, Selangor, insyaAllah di sebuah agensi penghantaran pelajar Medik ke Mesir. Kita ke padang latihan yang baru, dan tempat baru untuk merajut ukhwah. Saya suka untuk, apabila ke suatu tempat yang baru, saya membina pertalian persaudaraan, atau membina 'rumah' yang selesa di tempat itu yang saya akan kembali lagi ke tempat itu dengan mesra. InsyaAllah. Sifat seorang muslim itu ibarat benih yang baik yang menyuburkan laman dan menyegarkan pandangan. Dicampak ke mana saja, dia hidup subur. Orang kata, campak ke laut menjadi pulau, campak ke hutan menjadi gunung. Muslim itu ibarat lebah, datangnya tak memudaratkan, pekerjaannya menyenangkan, hasil kerjanya menyembuhkan. 'Healer', kata bahasa penjajah.

Selepas habis tempoh praktikal, sementara menunggu konvokesyen di hujung tahun, kalau jodoh sampai, saya kahwin :P Eh, bukan. Sementara tunggu konvo, saya akan bekerja, membantu syarikat abah yang baru saja ingin membangun, insyaAllah. Atau saya menyambung kerja kegemaran saya, (membantu ibu menjaga anak-anak kecil jiran-jiran) menjadi babysitter.

Muslim itu, tidak menganggur. Sekalipun tidak ada orang ingin menggajinya, kerjanya sentiasa ada. Sebabnya, kerja kita sentiasa lebih banyak daripada masa yang ada.

Mungkin di awal tahun ini, kita boleh consider untuk tutup beberapa media sosial yang menjadi pencuri-pencuri waktu. Hurm. Dan bila saya hilang dalam melaksanakan hidup, saya akan merujuk entri ini kembali. Semoga kita terus bernafas dalam atmosfera keimanan. insyaAllah. :)


Saturday, December 29, 2012

small talk. little talk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, December 29, 2012 0 komen best

  1. Secara fizikalnya, alhamdulillah, seorang sahabat saya telahpun mula memakai pakaian muslim yang sempurna. Maksud saya, melabuhkan pakaian dan menepati standard seorang true muslim. Dan pada suatu hari, dia datang menziarah saya. Dalam pertemuan itu, dia banyak berkongsi. Katanya, menurut suruhan Allah mendatangkan perasaan indah dan tenang, merasa cinta dan bahagia, sedang sebelum itu hidupnya terasa banyak kekacauan dan kegelisahan.
  2. Hidup ni bila pusing-pusing balik kita akan cakap juga tentang perkahwinan. Ini adalah musim saya menerima jemputan-jemputan walimatulurus yang tak putus-putus. Cuma dalam musim exam ini, memang tak dapat hadir ke mana-mana majlis. Ketahuilah, mendidik keluarga dalam rumahtangga bukanlah hal yang mudah. Proses perkahwinan adalah panjang, ia adalah kehidupan yang melengkapkan sebahagian daripada agama, membantu kepada proses keimanan kepada Allah.
  3. Esok exam kedua terakhir sepanjang menjadi pelajar first degree.
  4.  Untuk orang-orang yang melalui kesulitan dalam hidup, semoga Allah memberi ganjaran dan menilainya sebagai amal soleh. Tak ada sesuatu yang diambilNya, melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 
  5. Seorang demi seorang kawan saya melangkah pulang, sebagai pelajar semester akhir. Selepas ini belum tentu akan berjumpa lagi. Semoga Allah merahmati kita semua. *wave ganbateh*
Salam sayang. 

Thursday, December 27, 2012

Perasaan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 27, 2012 0 komen best


Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang akan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti…

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah perempuan yang pandai nak sentimental.. sebab setelah sekian lama saya menerima lumrah jodoh dan pertemuan, pengakhiran dan permulaan yang bersambung-sambung sebagai satu kehidupan. Cuma tak dinafikan, memang kali ini ada rasa sayu, sebab mungkin, saya tak kembali lagi ke bumi Sintok, tempat tadahan ilmu, tempat saya bertemu mutiara-mutiara berharga, tempat saya merajut ukhwah, melalui segala kepayahan, menjadi matang, belajar menerima dan menolak, mengasihi dan dikasihi, diterima dan dibenci, menemui pengkhianatan dan kesetiaan, dan banyak lagi perasaan yang bercampur baur.. inilah desa tempat saya bermain, pagar dan batu tempat saya memanjat, tempat-tempat yang saya cintai, tempat saya membina keluarga dan menjadikannya rumah saya.

Dalam kehidupan, manusia datang dan pergi. Ada orang dalam hidup saya yang dia datang sesuka hati dan pergi sesuka hati dan saya masih menerimanya bila-bila masa dia kembali. ada orang yang kerana kesilapan sendiri, menjauhkan diri dan hilang dari kehidupan saya. Ada yang stay, berjanji menjadi sahabat sampai ke syurga. 

Saya yakin, kita akan bertemu lagi. Kesatkan airmata dan jangan menangis. 
Especially untuk seorang kawan yang saya panggil ein yang suka menangis bila berpisah :')

Sunday, December 23, 2012

practical placement story

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 23, 2012 0 komen best
This is personal, double-triple personal story level.

Alhamdulillah, pagi ini dapat pengesahan penerimaan tempat praktikal. Saya ada satu prinsip; "adapt". Selama ni saya cari banyak syarikat di seluruh Malaysia; Bukit Kayu Hitam, Shah Alam, Keyel, Bangi, Seremban, Nilai.. Dan CUIC (berfungsi sebagai University Internship Centre) mencarikan untuk saya juga, syarikat di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi dan Serdang.

Well abah adalah orang yang paling concern dan ambil tahu tentang proses praktikal saya. Akhir sekali, semua syarikat tidak menerima permohonan saya, kecuali yang terakhir sekali, yang CUIC carikan.

Saya tak katakan company itu kecil atau sederhana ke atau macammana sebab saya cuma ada brief knowledge sahaja tentang company tu cuma saya teringin nak ikut cakap abah, "cari company lain".

Bila CUIC cakap dia carikan saya company yang ini, saya terus suka, rasa macam memang akan ditempatkan di company ini. Masakan tidak, this is the best place yang Allah pilih untuk saya. Sayapun akan masih cuba mencari yang lain, dalam masa yang suntuk ini. Abah kata saya rugi kalau saya tak cuba gunakan certificate yang saya ada untuk praktikal.

Saya memang tak kisah pada asalnya tapi tiba-tiba rasa risau & ragu-ragu bila abah cakap macamtu.
Anyhow, saya tak sabar nak belajar, apa-apapun yang ada di hadapan. Dan, masih cuba mencari, semestinya :)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea