Friday, May 11, 2012

Tak puas hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 11, 2012 2 komen best
Marah dengan kerenah orang memang tak boleh dan tak mampu nak selesaikan apa-apa. Tak suka macammanapun, tetap kena hadapi jugak.

Kalau difikirkan semula, berapa ramai orang yang sabar menemukan kebahagiaan dalam keyakinannya? Memang ramai. Dan, berapa ramai yang hancur disebabkan amarahnya sendiri? Terlalu ramai.

Kita tak hidup untuk tanggung rasa malu orang lain. Thats it. Dan sabar, adalah perkara yang takkan ada penghujungnya sampai mati. Hati yang mudah marah, adalah tanda-tanda hati yang terpenuh dengan anasir-anasir, yang mesti dibersihkan segera. Cool-cool, kin!

Thursday, May 10, 2012

Cikgu Rohana

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 10, 2012 2 komen best
Malamni, ingatan kepada Cikgu Rohana sangat kuat. Raut wajah dia, dengan keikhlasan dia, memang rasa macam jelas sangat sekarang ni. Tiba tiba teringat kat dia lepas solat tadi.

Allah nak suruh saya doakan dia kut. Sebenarnya, dia seorang yang amat signifikan kepada saya, dan siapa saya sekarang ni. Waktu sekolah menengah rendah kat MRSMKK, saya amat lemah dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Tak buat kerja sekolah dan tak perform. Yang sebenarnya, saya tak faham ajaran cikgu dan tak bertanya. Hal ini sangat membimbangkan cikgu-cikgu kelas saya, terutama Cikgu Noreha & Cikgu Rusilah (guru kelas) & Cikgu Jalilah (cikgu homeroom). Kelemahan saya ini membawa sampai ke peringkat HEA, Puan Rohana. Puan Rohana pada masatu ialah Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik. Pengetua, Puan Hajah Zawiyah dah pindah tahun sebelum tu dan sayapun tak ingat siapa pengetua tahun itu. Masa Puan Rohana panggil, saya cemas sangat.. takut kalau kena kaunseling ke atau kena marah. Rupanya.. erm.. dia ajak datang rumah, belajar dengan dia secara personal..

Saya tak ingat berapa lama saya belajar dengan dia untuk setiap hari waktu riadah. Rasa segan pun ada, tapi dia tak pernah marah. Perkara yang paling saya terkilan ialah saya tak dapat beri apa-apa hadiah pun masa dia pindah, dan tak sempat jumpa dia pun pada hari terakhir. Sebab, hari Puan Rohana pindah adalah hari pertama PMR, kalau saya tak silap.

Perkara yang saya ingat tentang Cikgu Rohana ialah, beliau ada sakit kat kaki, bahagian kepala lutut. Cikgu Rohana ada anak perempuan bongsu yang comel, mungkin sekarang dah 20 tahun la umur dia.

Atas inisiatif yang Cikgu Rohana ambil, saya dapat A=Alhamdulillah, untuk subjek Sains, PMR (Sebelum tu, D dengan C je). Dia buat saya yakin, yang kalau ada orang tak berjaya, bukan sebab malas, tapi tak ada motivasi dalam nak capai kejayaan tu.. Dan keyakinan cikgu pada pelajar yang lemah sangatlah dihargai :)

Kalau dapat jumpa lagi, saya nak peluk dia!

Bau, warna dan rasa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 10, 2012 0 komen best
Baru-baru ini saya terbaca coretan kawan facebook tentang reminder dari ayahnya (yang berbunyi lebih kurang begini), "jangan rasa gah bila dihormati atau dikasihi. Bersyukurlah kat Allah yang dah tutup aib kita. Kalau Allah tak tutup aib kita, mungkin kita takkan ingin didekati pun"

Sememangnya kita akan ditimpa musibah akibat dosa kita sendiri. Maksiat yang kita lakukan, secara sendirian atau terang-terangan membuatkan Allah murka. Menurut Ibnu Qayyim, kegembiraan melakukan maksiat lebih besar dosanya berbanding dosa itu sendiri. Ada 15 kesan maksiat keatas diri kita yang dicatatkan oleh Amru Khalid dalam Quantum Change iaitu;

  • murka Allah
  • kebencian orang mukmin
  • penghalang rezeki
  • penghalang keberolehan ilmu
  • dugaan/musibah yang berat
  • Keterasingan (merasa terasing) dari Allah
  • Keterasingan dari lingkungan (keluarga)
  • Hati gelap dan wajah suram
  • Terhalang dari ketaatan
  • Kecenderungan kepada dosa yang lain
  • Kehinaan di sisi Allah
  • Kehinaan dalam hati
  • Melemahkan akal
  • Petaka akibat maksiat
  • Mulut yang berkhianat (tidak dapat mengucapkan syahadah ketika ajal)
Terbukti, Allah akan melenyapkan hambaNya yang bermaksiat dari bumiNya. Kaum 'Ad, Tsamud, Fir'aun, Qarun, Kaum Nabi Saleh. Dan penyebab kehancuran umat di dunia adalah maksiat. (Rujuk AQ 54:11, 28:40, 15:74, 33:9 & 17:5)

Yang bestnya, Allah sangat menyukai dan mencintai taubat kita, rintihan pendosa yang memohon keampunan. Az-Zubaidi, dalam Ithaf As-Sadah al-Muttaqir (9/178) mencatatkan riwayat tentang seorang Badwi menghadap Rasulullah S.A.W lalu bertanya, "Apakah jika aku berbuat dosa, Allah menerima taubatku?" 
Baginda menjawab, "benar". 
"Kalau saya berbuat dosa kembali?" 
"Dosamu akan dicatat." 
"Jika saya bertaubat lagi?" 
"Dosamu akan dihapus." 
Dia bertanya mengulang,  "Kalau saya berbuat dosa kembali?" 
"Dosamu akan dicatat." 
"Jika saya bertaubat lagi?" 
"Dosamu akan dihapus."
"Sampai bila Allah akan menghapus dosa hambaNya?"
Baginda S.A.W. menjawab, "Allah takkan merasa bosan memberikan keampunan sehingga hamba itu bosan memohon ampun"

Dosa itu seperti najis yang tidak punya bau, warna dan rasa. Ia lebih berbahaya dari najis, kan? Mohonlah perlindungan Allah. moga Allah jaga kita.

Monday, May 07, 2012

Siput

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 07, 2012 2 komen best
Waktu saya berjalan balik sendirian melalui kaki lima yang menghubungkan PSB dengan mall sewaktu library dah hampir tutup, ada banyak siput berkeliaran (bertaburan, bergelimpangan, merata-rata..? tak jumpa perkataan yang betul) di sepanjang jalan.

Tiba-tiba rasa macam..ermm.. "siput tu lebih mulia dari aku".


Siput tu tak marah pun Allah jadikan dia bergerak dengan lembab dan terpaksa mengusung rumah ke sana-sini. Rasanya siput lebih implement kata-kata; "home is where the heart is" :p . Kalau kena pijak dengan manusia pun mati tak sia-sia. Kalau nak banding dengan saya ni, siput lebih soleh la kut sebab saya, ada waktunya malas nak galas tanggungjawab dan masih mempersoalkan tanggungjawab yang khas diwujudkan untuk melatih diri.

Tengok siput pun dapat pahala, kalau ia mengingatkan kita kepada Allah :)

-----------------------------------------------------------------------
Abah pernah tanya, apa beza malaikat, iblis, binatang dengan manusia. Mungkin, waktu tu abah nak uji apa yang saya baca, dengan apa yang saya faham.

Saya jawab;
"Iman la. Iman malaikat sentiasa meningkat. Iman Iblis sentiasa menurun, Iman manusia sentiasa turun naik. Kalau iman binatang tak tahu la". (Abah tanya; lagi, kenapa manusia dikatakan istimewa? dan saya balas, ) "Fitrah diorang la. Kalau malaikat memang Allah jadikan fitrahnya taat dan beriman, dan Iblis memang fitrahnya ingkar kat Allah. Manusia, Allah beri nafsu dan akal.. dan Allah berikan pilihan sama ada nak pilih jalan ingkar ke atau jalan ketaatan.. Manusia yang pilih ketaatan la orang-orang yang beruntung..."

Abah angguk, abah senyum. Abah tak kata pun yang saya jawab tu salah ataupun betul.

p/s: rujuk surah As-Syams. Hidup terasa bermakna bila baca Quantum Change.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea