Tuesday, December 27, 2011

tips cari pass-year exam paper

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 27, 2011 0 komen best
Ini adalah tips mencari kertas peperiksaan lepas secara atas talian bagi pelajar UUM.

step 1: google search library UUM, atau klik pada link ini http://cmslib.uum.edu.my/new/
klik gambar untuk tumbesaran memuaskan

step 2: pada webpage PSB, klik pada e-Resources dibawah drop-down menu 'Online Resources'.
click picture to enlarge
Step 3: Paparan baru akan terbuka dengan sendirinya. Pada paparan baru ini, klik pada menu 'Library' dan pada drop-down menu, klik 'In-House Digital Collection'.
click picture for better view

Step 4: dalam paparan "In-House Digital Collection", lihat pada ruang sebelah kiri web. letakkan cursor pada menu 'Question Papers'. Klik pada "Listing by Faculties 2003-Current".

klik pada gambar untuk view yang jelas

Step 5: saya cadangkan cari exam papers yang terbaru, 2009-2010. pastikan anda tahu exam paper anda berada dalam sekolah apa (COB?CAS?COoLGIS)
for best view, click on the picture

semoga membantu.

so lepasni, kalau ada yang tanya.. "kak, akak ada pass year question tak?" atau.. "kak.. macammana nak cari exam papers?" maka saya akan berkata dengan coolnya:  "pi tengok cara nak cari exam paper kat 'norashikinrahmat.blogspot.com'." hehehe~ (^_^)V

Thursday, December 22, 2011

gam UHU pun ada tiruan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 22, 2011 0 komen best
aktiviti kraf kadang-kadang memerlukan kerja tampal-menampal dan tempel menempel.
Untuk membuat kad dengan kemas dan terbaik, gam UHU adalah pilihan yang bijak.

Masalahnya, baru-baru ni saya perasan yang gam UHU pun ada yang tiruan.





Dalam gambar atas ni, gam UHU tiruan ialah yang dah kemik tu *sebab dah guna*. Antara ciri-ciri gam uhu tiruan ialah; lambat melekat, kurang melekit, design penutup berbeza, menggunakan label dengan bahasa yang tak difahami dan susah nak ditanggalkan bila terkena kulit.

Saya perasan sebab penutup UHU tiruan tak tahan, mudah tercabut & berlubang, jadi saya cuba tutup menggunakan penutup UHU yang lama, tapi tak boleh. Bila check balik, rupanya ia bahan tiruan.. *kecewa*. UHU tiruan juga tak mesra pengguna, sebab ia merosakkan permukaan kulit.

Kalau nak tahu mana yang original, dia ada tulis "UHU Made in Germany" macamni:
Klik untuk tumbesaran 
*fake UHU sangat teruk*
So, berhati-hatilah dengan UHU tiruan. Selamat meneliti barang sebelum membeli ye, kawan-kawan.

Wednesday, December 21, 2011

Library

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 21, 2011 0 komen best
Salam.
Hari ni, hari Rabu.
Kalau dulu, hari Rabu selalu menjadi hari yang terbaik buat saya. Sebab pada hari Rabu, banyak perkara baik berlaku pada saya. Mungkin sebab saya lahir pada hari Rabu. Bila masa berlalu, Hari Rabu menjadi hari biasa-biasa, sama je macam hari-hari lain. Atau, dalam masa yang sama, ia sama istimewa, atau saya telah tenggelam dalam kerutinan.

Untuk beberapa semester yang lalu, saya selalu 'melepak' di library. Orang kata, kalau nak jumpa orang yang baik, kena berada di tempat yang baik.. dan memang betul, kebanyakan persahabatan yang dibina di univ bermula di library.

Seronok, bila ada orang ajak belajar sama.

Sayangnya, apa yang berlaku bila semester meningkat dari 3 kepada 4 dan sekarang semester 5, masa yang ada banyak terluang dan terbuang untuk projek dan projek dan projek. Sampai habit untuk 'lepak' kat library hampir terpadam.

So, hari ni, kita mula kembali. Selamat tinggal segala project. :)

Monday, December 19, 2011

Tahan rindu itu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 19, 2011 0 komen best
Menahan rasa rindu, macam menahan panasnya terik mentari.

Pernah, atau selalu, kita berdiri di kepanasan, menanti redup tiba. Bila redup datang dan mendamaikan, kita jadi lupa pada keterikan tadi. Keterikan itu sesuatu yang fana', sedang kebahagiaan itu perlu dinanti dalam pencarian demi pencarian, dalam langkah demi langkah.

"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari mustahil menghargai rimbun berteduh"- peribahasa Turki

Terik menahan panas membuatkan kita ingin terlindung darinya. Sakit menahan rindu membuat kita rasa ingin cepat mengubatinya.

Entahlah. Kadang-kadang, iman memberitahu diri, "kenapa rindu pada kejahilan itu? itu jahiliyyah!"

Maka, andai seorang perindu itu tahu bahawa ada cinta yang lebih besar menantinya, merindui pengaduan-pengaduannya, melengkapi keperluan-keperluannya, memenuhi permintaan-permintaannya, pasti, dia merasa bahagia melupakan rindu yang selain itu.

Syurga, dicipta untuk hamba-hamba yang perindu.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea