Sunday, January 09, 2011

Menyatakan perasaan hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 09, 2011 4 komen best
Kadang-kadang orang akan cuba meluahkan perasaannya dengan memberi hadiah. Tanpa berkata apa-apa, dengan berharap maksud hadiah diberikan akan difahami penerima. Yang sebenarnya, ucapan ikhlas dari hati itu lebih bermakna, terutamanya ia tulus bersama doa.

Nak mulakan sesuatu memang susah.

Percaya tak, ada orang tak pernah pun ucapkan terima kasih kepada ibu atau ayahnya sendiri. Bukan sebab dia tak rasa berterima kasih, tapi sebab dia tak biasa. Rasa kekok.

Pertama kali saya ucapkan i love you pada ibu ketika saya masih sekolah menengah. Masatu, Allah je yang tahu betapa kekoknya saya.

Pertama kali saya ucapkan terima kasih pada abah pun begitu. Rasa malu dan kekok yang teramat sangat, sebab ibu dan ayah saya memang tak mengajar kami untuk ucap terima kasih pada mereka. (Mungkin sebab mereka sendiri tak praktikkannya pada orang tua mereka, maklumlah, orang dulu lain caranya).

Saya mula belajar untuk mengungkapkan ucapan 'terima kasih', dan 'saya sayang ibu' selepas terdorong dengan program motivasi di sekolah. Program itu membuat saya rasa takut kalau tak sempat nak ucap apa-apa pada ibu dan abah saya yang begitu baik.

Ucapkanlah terima kasih pada ibu dan ayah kita hari ini. Kerana kadang-kadang, dengan perbuatan sahaja tak cukup untuk menyuarakannya.

Kenapa saya menulis entri ini? Kerana ibu saya pernah bersuara, "ibu sangat kecil hati kakak kamu tak wish birthday ibu". (Bukan kakak saya tak wish, tapi sebab biasanya kakak saya akan bagi hadiah, bukan wish ucap selamat..kakak saya jenis yang suka teknik 'action speaks louder than word', tapi malangnya dia tak ada apa nak beri pada ibu sebagai hadiah harijadi. (dan dia tak wish sebab dia tak biasa, katanya). So, friends, please take note on this, bila kita dah meningkat dewasa, ibu bapa kita sudah mencapai umur tua. Kita sudah tak boleh lagi treat ibubapa sebagai orang yang sentiasa faham semua. kadang-kadang mereka perlukan ucapan, dan mahu apa yang mereka katakan didengari. So, just be there for them even for a simple wish. Jadi anak soleh solehah, okey?)
Photobucket

Thursday, January 06, 2011

JAtuh cinta dengan TV alHijrah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 06, 2011 0 komen best
Sepanjang cuti ni saya tak berkesempatan pun menghadap TV. Bila ibu buka TV alHijrah, terus rasa sukaaa yang sangat teramat. Alhamdulillah, di kesesakan program TV yang bercampur aduk antara program berfikrah dan hedonisme, muncul juga saluran TV yang khas untuk mempersembahkan keindahan Islam, cara hidup yang jitu dan unggul.

Dengan tagline 'Segalanya Bermula di Sini', saya beranggapan ia bermaksud 'segalanya bermula dengan Islam'..'Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah'. Mungkin itulah kata-kata yang tersembunyi di sebalik tagline yang ringkas itu.

Semoga krew belakang tabir TV alHijrah dan semua yang mengusahakannya disayangi Allah.. ^_^ thanks for your effort!

Jom, tukar channel ke TV alHijrah!

**ps: suka juga dengan Astro OASIS, tapi sebab keluarga saya bukan pelanggan Astro, sekali-sekala je tengok apa ada kat Astro Oasis kat mana-mana..
Photobucket

Program Mahasiswa Rabbani di Sungai Kechil, Changlun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 06, 2011 2 komen best


Assalamualaikum, kawan-kawan!
Jum, kita berukhuwwah sambil meningkatkan iman..



Bertempat di Kem Rimba Rekreasi Sg Kecil, Changlun, Kedah, program yang membina diri ini terbuka kepada semua pelajar IPT di wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Hantarkan nama penuh, no ic dan nama IPT anda sebelum 13 Januari 2011 ke emel: hasizu.utara@gmail.com atau sms ke talian 0192308909 (Zakwan) bagi lelaki dan 019-5243766(Norashikin) bagi perempuan; atau hubungi wakil negeri masing-masing:
    • Ahmad Ikhwan Rosli (Pulau Pinang)-0194644515
    • Syafiyah Adzahar (Pulau Pinang) -0194518500
    • Norashikin Rahmat (Kedah)-0195243766
    • Muta’al Nawawi (Perlis)-0134097572
    • Mariati (Perlis)-0134508679
Mudah-mudahan beroleh manfaat.

Tentatif

Yuran Pendaftaran RM15 setiap seorang.
Antara keperluan yang perlu dibawa ialah:
Kelengkapan individu:
  • Al-Quran & Al-Ma'thurat
  • Ubat-Ubatan (Jika Perlu)
  • Barangan peribadi
  • Baju hujan & Baju sejuk
  • Torchlight
  • Air Mineral (2 Botol 1.5 liter setiap seorang)
  • Sudu
  • Pisau
Keperluan yang perlu diserahkan pada permulaan program:


  • Sardin (Pertima) 1 tin/individu
  • Roti Gardenia
  • Telur 2 biji/individu
  • Beras 500 gm/individu
  • Teh BOH
  • Mee segera (Ruski/Mamee/Adabi)

Tuesday, January 04, 2011

memasak dan perempuan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 04, 2011 4 komen best
Dulu, selepas habis sekolah saya tanamkan azam untuk belajar memasak dengan ibu. Masalahnya, pada waktu itu saya hanya mampu tolong menyediakan bahan je. Masaknya masih juga ibu.

Masuk umur 19, saya baru pandai masak sayur je (selain yang basic macam masak nasi). Bagi saya, memasak bukanlah sesuatu yang mudah pada waktu itu. Ia leceh, dan memenatkan.

Apabila menjejaki umur 20, ada satu tolakan dan kesedaran bahawa saya mesti benar-benar pandai memasak. Dan ia tak muncul begitu sahaja, ia berpunca daripada satu fasa kehidupan yang seterusnya; perkataan yang mungkin menimbulkan ketakutan selain mati: 'kahwin'.

Saya telah meletakkan syarat kepada diri sendiri bahawa saya mesti pandai memasak sebelum memasuki alam berkeluarga. Kerana nabi SAW menggalakkan kita untuk makan di rumah. Memasak juga boleh menjadi satu wadah untuk merapatkan ikatan ahli keluarga, kerana sambil memasaklah ibu memberi banyak petua yang tak pernah didengari atau takkan boleh didapatkan di kuliah-kuliah logistik saya.

Kata orang tua-tua,
"belajar tinggi manapun ke dapur jugalah" bukanlah bermaksud tak perlulah belajar sampai tinggi langit kalau akhirnya jadi surirumah jugak.. pada saya ia bermaksud ilmu setinggi langit pun kalau hakikatnya perempuan mesti juga memasak.

Saya pernah terbaca satu cerpen tentang seorang ibu yang menjadikan tradisi makan malam sebagai satu wadah untuk mengeratkan cinta ahli keluarganya. Ibu tersebut sangat kreatif dalam menyediakan hidangan, sepertinya setiap kali makan malam itu adalah kali pertama dia menjamu keluarganya. Setiap hari dia akan memikirkan apakah hidangan yang akan dimasak sehingga sebolehnya takkan mengulang menu yang sama. Dia tak mahu seorangpun daripada anaknya merasa bosan dengan masakannya.

Memasak sebenarnya satu hiburan bagi wanita. Saya masih amatur yang masih memerlukan ibu semasa memasak, bertanya, "ibu, begini ke? banyak ini ke? macam ini ke?" tapi ibu sedikitpun tak mengeluh atau berkata, "suka hatilah nak macammanapun"..

Saya selalu teruja untuk makan masakan sendiri dan melihat abah makan masakan saya. Satu perasaan luarbiasa~ :)
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea